Saturday, December 26, 2009

EMERGENCY switch to Blue Seal!




Lama betul tak mengupdated blog neh! hee..sibuk memanjang..anyway hari ini nak berkongsi pasal makanan anak2 bulusku.kenapakah bleh plak muncul blue seal nih??mcmnih ceritanya.. kebiasaan aku kasik mereka mkn blackwood adult and kitten.yerlah oren dah adult and velvet still kitten lagik kan.so terpaksalah beli 2 2. supposely 1hb every month akan pegi beli supply mereka.tapi this month stok terhabis awal plak. knape??ha...sb adikku terlampau manjakan mereka! biasa feed 3 kali sehari, nih stiap kali mereka mengiaw adikku dgn baik hatinya kasik mereka makan! haish..


nak dijadikan cerita..maka stok mereka terhabis lah awal.nak taknak terpaksa lah pegi petshop yg berdekatan untuk membeli makanan mereka. setibanya kat petshop tuh..blackwood takde!HABIS!!!bleh tak??mane plak nak pegi mencari memalam buta nih??time dah nak dekat pukul 10mlm masa tu.so dengan bijaknya trus menyambar blueseal nih. maka experimen pon bermula...


yes i know,memang tidak elok menukar makanan mereka secara mengejut.akan membuat perut mereka tidak selesa. tetapi ini bleh dikategorikan kes kecemasan!(poketku juga berada didalam keadaan nazak!).so dibelek2 duit yg terselit2 maka mampu beli ini sahaja. dengan perasaan tak bestnya bawak pulang lah makanan mereka. 


sampai rumah truslah menjamu mereka.memang lapar tahap gaban mereka 2 ekor nih.seharian tido.malam baru nak aktif. letak lah portion tuh sikit jer dulu.oren tanpa membuang masa trus makan ngan lahapnya! dia memang tiada masalah makan apa saje.memang dasar kucing jalanan. velvet pulak masih menghidu-hidu..haish..tak suke ke handsome boy?? "miiaaw" ala..velvet makan lah..next time akak beli bw yer.. "miiaaw"( sambil pandang tak puas hati) dia makan tapi sket jer lah.. 


dah 2 hari nih nampak lah plak simtom2 yg tak best..oren mula muntah. velvet seperti biasa makan sikit sangat.aduh..rasa bersalah plak dengan mereka. tapi mereka masih lagik makan apabila diletakan..licin plak bowl mereka harini. poo pulak tiada perubahan apa2..less odor and solid. takde beza dengan bagik makan blackwood. 


agaknya oren ada makan benda lain selain kibbles tuh yg vomit tuh.(nak menyedapkan hati) maka experimen akan diteruskan. esok hari ayam rebus.nanti mahu mencuba letak air rebusan sekali dlm kibbles and see how's it goes.hopefully takde apa2 lah yang memudaratkan berlaku.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...