Friday, April 16, 2010

Kisah 3 ekor Cik Hitam Putih

rajin sungguh aku harinih berblogging!haha sampai 2 entry!oklah skip2!!nih nak citer nih..arinih  aku seperti biasa pegi ke kedai dlm kol 3.30ptg. almaklumla kedai sendiri, pastu plak pagi mmg takde org.so suka hati bukak kedai petang petang..sejuk sket..heehee. nak dijadikan cerita tengah aku sibuk2 unload kek dari keta tetiba ada seekor anak kucing nih.mak aii bukan main manje!geram plak aku!dok mengiau2 kat kaki.nasib la aku tutup pintu kereta kalau tau mau dia melompat dlm kereta tuh.abes laa kek aku!! lepas dah siap2 display kek, sapu dan cuci apa yang patut, kucing tuh still ada lagik kat depan main golek-golek.bila aku panggil laju je datang! lapar kot.rezeki dia.hari kucing bunting tuh dipukul aku ada berjanji ngan kucing tuh nak bawak makan esok hari.kerana kesibukan aku terlupa.maafkan aku kucing bunting!tapi harini aku bawak.tak mahal pon.beli jer la yg biasa2.maaf ye aku masih belum mampu nak kasik anak terbiar makan mahal2.InsyaAllah bulan depan akan ku cuba beli BW lebih sket. aku panggil la si hitam putih nih ke belakang kedai. laju je dia datang. aku pon kasik lah dia makan..



selang setengah jam, pakcik aku datang. aku pon kluar la bagik air sume.ternampak plak lagik sekor anak kucing.duduk btul2 tengah jalan kaki lima.Ya Allah..kesiannya aku tengok.sekali lagik aku bawak dia kebelakang..lemah longlai dia jalan.tak tau lah berapa hari tak makan.badannya comot sangat. tapi yg nih kecik sket dari yg cik hitam putih 1st tu. dalam 2 @ 3 bulan aku agak.sekali lagik rezeki dia plak.aku bawak kebelakang bagik makan. elok dah habis makan ingatkan dia terus hilang jap lagik dia dok dalam kedai plak.alahai..lulur hati aku.nak tak nak terpaksa letak ke luar semula.saya mintak maaf si kecil, kami berniaga.bukan niat untuk menghalau, bukan kerana aku geli, tapi untuk menjaga pelanggan-pelanggan ku.maaf si kecil...

si kecil yg berani masuk :)

si kecil protes taknak kluar

tengah aku sibuk-sibuk meletak si kecil keluar, datang plak si ibu bunting minta makan. aku pon letak lah lagik wetfood. berselera sungguh dia makan.nih pon tak tau lah dah berapa hari tak makan.kesian..pelahap sungguh.aku biarkan dia makan sambil aku menguruskan si kecil yg protes taknak kluar dari kedai..haish..si kecil betul-betul buat aku rasa serba salah.sudahnya aku letak dia dibelakang dan tutup pintu.tinggalkan sedikit bekalan makanan dan air bersih. sabar ya si kecil sampai aku tutup kedai.akan aku bagik kamu makan lagik.

si ibu bunting menghabiskan makanan

mungkin dia berkata "terima kasih kakak" :)

harini Alhamdulillah awal plak customer datang. order pon tetiba masuk agak banyak. rezeki aku.Alhamdulillah. :) aku bercadang untuk membuat tabung untuk anak2 terbiar ini.tapi boleh kah?mampu kah aku sebagai seorang peniaga untuk mengajak customer2 menderma untuk mereka? mahu kah mereka menderma untuk tujuan ini? mungkin kah aku perlu bermula dengan setiap pembelian kek, rm2 akan dimasukan ke tabung berkenaan?pendapat please??

7 comments:

m.q said...

setuju setuju
buat tabung utk stray cat
biarlah org bg walaupun seposen
lama2 jd berpuluh2 ringgit jugak
usaha-usaha-uasaha-
ALLAH melihat usaha anda

m4rilyn said...

selamat bkenalan*salam*

baca post tu..saya stuju ngan cadangan tu. tak pun letak tabung atas meja n tulis tujuan tabungn sedekah tu..ala2 cam kat mekdi. orang kita suka bersedekah..insyallah akan ade la nanti

Misz Pinkie Winkie said...

derma itu ikhlas.
insyaallah pastie akan ada makhluk yang mulia.
tak salah kita mencuba.
mereka juga makhluk tuhan .
perlu makan dan perlindungan.

etty said...

adeh, kesian betul tengok miau yg second tu. sayu je mata dia.

setuju, buat dana untuk stray ni. seposen tu pun dah kira okaylah tu. sikit sikit lama lama jadi bukit kan.

Cindy said...

Fantastic photos! Wish I could find the translating button.
Cindy

::CaHaYa KeJaYaAn:: said...

sangat2 setuju!!

biala walaupun seposen..ade rezeki utk bulus2 yg comey dan sgt kasihan ini...semoga berjaya...amin

fini mahadami said...

so thoughtful of you!! It's a good idea, definitely!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...