Saturday, December 8, 2012

i've been side-track! oh! durian crepe!

Hi!

maaf lama menyepi. bukan menyepi takde kerja, menyepi sebab sibuk. konon journal online langsung tak dihapdate! GAGAL sudah plan 30 hari yang pertama! -_-' takpe! boleh bermula semula. cuba lagi sekali.gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.. tak gitu??

dimulakan sekali lagi..alkisah semalam keluarga aku request durian crepe. aku memang bukan peminat raja buah. maka aku tak faham apekah yang mereka gilakan sangat dessert ini. tapi kerana telah direquest aku buatkan juga.

maka bermula lah aku bergelumang dengan durian.oh! memang aku kurang gemar bau dia. yang peliknya tempoyak ngan kuah durian aku makan.haha. maka hari ini aku nak test boleh ke tak aku makan.


isi dia memang cantik. pandai abah beli. mummy siap masak pulut nak makan dengan durian. erk! tak tau la aku camne selera diaorang. durian ni kemudiannya aku buang bijinya. jadi la seperti gambar berikut...


sementara menunggu nak buat kulitnya, aku sejukan dulu..siap wrapping. kalau tau mau tak sempat nak buat!. kulit crepe ni aku cari resepi yang paling ringkas. malas nak buat yang sampai 7 jenis tepung. resepi boleh amik DISINI. bila dah siap kulitnya begini la lebih kurang rupanya..


nampak macam nipis kan?tapi sebenarnya masih tebal. kena praktis bagi lagi nipis. seeloknya buat besar dan nipis.senang lipat. cam aku buat nih kecit je..maka nak melipatnya parah la jugak.comot jadinya. haha. and last but not least the finishing product..


kurang berseni betul! takpe!janji rasa sedap! Alhamdulillah rasa memang sedap! aku yang tak makan durian ni pun rasa sedikit, memang sedap! pertamanya memang durian yang dibeli fresh! itu yang main actor nya. kalau durian tak fresh, tawar dah nak menjadi tempoyak memang tak sedap lah. tak gitu?  dan isi dalamnya seperti berikut..


bila sejuk betul-betul baru sedap! merasa lah aku sebiji. dan aku rasa tak sedap badan. oh! ingatkan badan boleh terima durian rupanya tidak. nasib lah ada Herbalife. so cool down my tummy, headache dengan aloe concentrate dan light teamix. harapnya cepatlah hilang uncomfortable feeling nih.serba tak kena semuanya.

ok bai!

P/S: for those yang tak makan durian, tapi terasa nak try..sila pastikan anda di tempat yang ada toilet. ;) 

Tuesday, November 13, 2012

Happy Deepavali!

Hai!

just quick notes for today!

Breakfast:
500ml plain water + 2 caps aloe concentrate
500ml hot water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1tbpn F3 + 3tbsp F1 cappucino

Lunch:
1 plate kuewteow goreng
seseduk peria goreng
500ml teamix

snacks:
500ml cold water + 2 tbsp F3 + 3 tbsp F1 tropical fruits

Dinner:
2 slices of Papa John's Pizza (dem delicious!)

workout:
10 x 5 rep sit-up
10 x 2 rep side leg lifts

ok bai!


Health Tip #19


Monday, November 12, 2012

Cabaran Isnin..

Hai!

sakit semalam tak hilang lagi.tapi tugas mesti dijalankan.seperti biasa rutin pagi ke kelab nutrisi. dan bila di kelab breakfast aku pun seperti biasa nutrisi 123

500ml plain water + 2caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 2tbsp F3 + 3tbsp F1 chocolate
plain water

harini tak ramai kat kelab.mungkin ramai yang dah balik kampung.almaklum la esok dah cuti. kemudian tengahari balik rumah untuk lunch.mak masak apa pun sedap. hari nih lunch seperti berikut

2 senduk nasi putih
3 ketul ikan tengiri asam pedas.
air kosong

berulang aku makan lauk.ha ha. then dalam pukul 4 lebih aku rasa lapar.alahai..tekak terasa nak makan benda goreng.last week teringat rakan kelab ada bagi keropok ikan dari terengganu.maka goreng la aku kerepok cicah dengan sos cili lingam.

waktu petang dapat panggilan telefon, kelab banjir lagi.alahai..kononnya malam nak buka langsung tergendala.maka aku pergi ke kelab sekadar untuk membersihkan kelab. mop, menyapu, mop dan mop. dah lah sengal tangan berenang tak hilang, ditambah plak memerah mop makin menjadi-jadi rasanya sakit. lepas isyak selesai membersihkan kelab dan pulang.

cadangnya memang nak minum shake tetapi lapar sampai tahap mengigil maka mengulang lagi ikan asam pedas.so dinner aku sekali lagi macam lunch aku.

1 senduk nasi putih
2 ketul ikan tengiri asam pedas
500ml teamix

kalau orang tengok menu aku mesti orang mengata macamana nak kurus?makan merapu! u see..sebelum nih memang aku makan lagi merapu.aku sangat suka fast food, benda bergoreng especially keropok lekor,
nescafe..tapi untuk mencapai ideal weight aku kena kurangkan. tapi takde lah mendadak aku tolak semua.perlahan-lahan aku menjarakkan pengambilan. sebagai contoh, aku memang suka keropok lekor.dekat kelab nih ada satu makcik jual memang sedap. at 1 point memang hari-hari aku beli. tapi berat aku tak kemana. peratusan lemak bertambah.maka aku menjarakkan pengambilan bermula seminggu sekali, seterusnya 2 minggu sekali..sekarang ntah berapa bulan aku dah jarak kan. 

dan aku belek menu aku, memang aku kurang makan sayur-sayuran.tak tau la mengapa. sayur mentah memang aku kurang sikit.kalau makan mesti aku letak white pepper atau pun sedikit  mayonaise. masih dalam usaha untuk menambahkan sayur dalam makanan harian. well that's it for today!

bai!


Health Tip #18


Sunday, November 11, 2012

Swimming Day!

Hai!

seperti yang di planning semalam harini punya la bersemangat nak pergi swimming! agak lama aku meninggalkan aktiviti renang nih.last masa zaman universiti rasanya.time tu murah je.tiap kali masuk rm1. lepas subuh dah tak boleh tido punyala excited! sebelum gerak seperti biasa breakfast dulu. since produk dah refill..maka breakfast aku seperti berikut

500ml plain water + 1 cap aloe concentrate
500ml cold water + 1 tbsp F3 + 3 tbsp F1 chocolate

teamix aku tak minum.just masuk dalam 1 liter bottle bawa ke kolam renang. dalam 8.15 pagi, geraklah kami adik beradik ke kolam renang kelana jaya. sampai disana dalam pukul 8.40 pagi. kecewa sungguh bila lihat pusat renang tutup kerana renowation. alahai...adik aku suka pergi sana sebab orang tak ramai waktu pagi.boleh la kami adik beradik buat macam kolam sendiri.ha ha. kolam renang kelana jaya di jangka buka semula pada bulan Disember.

disebabkan semangat berkobar-kobar kami bertukar lokasi.teringat di Selayang ada satu kolam renang.google on the phone and tawakal pegi.kalau buka Alhamdulillah. setibanya disana..dah nampak kelibat budak-budak kecil dengan pelampung.wee!!sukanya hati kolam renang buka! bayaran masuk pada hujung minggu rm5.

maka mula la aktiviti kuak lentang kami adik beradik.ha ha..beberapa kali juga cramp nak menghabiskan pusingan dalam kolam. selebihnya hanya berenang setengah jalan sahaja. pukul 11.30 kami bersiap untuk pulang.


selesai berenang terasa letih teramat sangat.drive balik pun rasa nak tido je. setiba dirumah memang cari bantal dulu..taknak makan. sebab kononnya taknak tido selepas makan. maka lepas zohor tido dulu.memang tak sedar diri penat.hihihi

then dalam pukul 5.30 baru makan.tu pun tak banyak. hanya sesenduk nasi, sambal sotong dan kuah tomyam sahaja.isinya dah tiada. petang hanya duduk dirumah.penat masih terasa.tangan dan betis masih terasa sakit sebab cramp.

malam pula pukul 9 lebih baru terasa lapar.maka dinner aku malam nih aku buat nutrisi sahaja. taknak makan heavy sebab memang nak tido kejap lagi. maka dinner aku seperti berikut:

500ml plain water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn teamix
500ml cold water + 2tbsp F3 + 3tbsp F1 chocolate

alhamdulillah kenyang..sementara update ni pun dan mengantok.lepas nih dah boleh tido. hihi.. sekian aktiviti harini. semoga next week dapat la aku pergi swimming lagi.

ok bai!

Health Tip #17


Saturday, November 10, 2012

Apabila sabtu menjelma lagi..

Hai!

Sabtu datang lagi..Alhamdulillah..harini aktiviti aku hanyalah menjadi driver membawa birthday girl berjalan. sebelum memulakan hari awal-awal pagi dah breakfast. kantoi lagi breakfast aku. kalau duduk rumah sememangnya tak pernah nak ikut plan pemakanan yang ditetapkan..haish! so breakfast aku seperti berikut

500ml air kosong + 1 cap aloe concentrate
500ml air suam + 1 tspn teamix
dan..sebungkus nasi lemak (lagi! T__T)

kemudian aku bersiap untuk ke HQ, beli stok kelab dan rumah. sampai ke sana, place order then tunggu produk.Alhamdulillah tak sampai sejam semua selesai. lokasi seterusnya Plaza Low Yat. kononya nak mencari kabel papago.kabel papago dapat pakai sekali je.lepastu dah kaput. bila pergi check di Low Yat semuanya stok cap ayam.last-last cancel..tak jadi beli. dah lapar aku pergi pula ke Old Town White Coffee untuk lunch.

aku tak order makan sebab masih kenyang. hanya order hazelnut white coffee dan merasa steam rice with chicken ginger and mushroom. dan plain water 2 gelas.


kemudian aku berjalan ke Time Square. mendapat idea gila kononnya esok nak pergi berenang. maka bersemangat mencari baju renang.tapi tak jumpa disana. maka aku balik ke rumah.on the way singgah ke Tesco Extra..mencari apa-apa tshirt @ seluar dari lycra.malangnya tak jumpa. at the end singgah ke Selayang Mall.kat situ memang ada swimming attire.perh! harga sekarang jauh berbeza dengan dulu. tutup mata rembat lah satu baju swimming. nak beli burqini budget lari plak. insyaAllah next time.

then ingatkan dah tamat sesi membeli belah.rupanya belum.celebration adik aku belum dibuat. maka lepas magrib sekali lagi pergi ke Selayang Mall.dia berkenan plak surf shirt yang aku beli siang tadi. bodek punya bodek dapat la dia satu as a birthday present. then final celebration makan dekat Station Kopitiam je. and dinner aku ialah jasmine honey tea dan fish and chips.


maka selesailah hari aku bersama keluarga. esok kononnya nak pergi swimming..lokasi kolam renang kelana jaya. harapnya dapat la bangun awal..ha ha kepada adik aku..selamat ulang tahun kelahiran yang ke 24thn!  may all your wishes and dreams come true!



ok bai!

Health Tip #16


Friday, November 9, 2012

Friday not so Healthy

Hai!

Harini pagi tak buka kelab. since hujan, dan kelab masuk air terpaksa tutup untuk mengelakkan bau-bau yang kurang menyenangkan. dalam masa yang sama kebetulan ada kawan order cupcakes.since pagi takde buat apa, i accept those orders.

bila dah mula baking, maka breakfast pun dah tak follow. memang kurang disiplin aku nih. huhu..so my breakfast as follow:

500ml plain water (room temp) + 1 cap aloe concentrate
500ml hot water + 1tsp teamix
sebungkus nasi lemak telur goreng (erk!)

then lunch tak makan since masih kenyang..hanya minum 500ml warm water + 1tspn teamix. teruskan kerja men-deco cupcakes sampai lewat petang.lepas tu dalam pukul 5 lebih dah lapar..alahai..since shake dah habis...so final unhealthy food is meggi kari.

ingatkan malam nak rileks sekejap.tapi rakan kelab call nak minum nutrisi.so pegi early to club, bersihkan kelab, lepas magrib buka sampai pukul 9.30 malam. bulan ni memang sangat mencabar. sepanjang telah hampir 3 tahun beroperasi di kedai yang sama, tak pernah masuk air. tapi sejak projek mentarah bukit berlaku, dan penutupan lombong, ditambah pula musim tengkujuh..memang kombinasi yang hebat. harapnya musim hujan cepat lah reda, supaya projek boleh habis cepat dan kami peniaga boleh meniaga seperti sedia kala.

bila dah kekelab maka dapat lah minum nutrisi complete. yay! so my dinner seperti biasa :)

500ml cold water + 1 caps aloe concentrate
500ml hot water + 1tspn teamix
500ml cold water + 1tbspn F3 + 3tbspn F1 chocolate

Alhamdulillah..nikmat rasanya dapat nutrisi. agak touching sekejap bila dalam hujan lebat masih ada yang sudi datang. dalam keadaan kelab yang agak tunggang langgang kerana alih dari banjir, masih ada yang sudi datang. Alhamdulillah..


Formula 3 Blended Soy and Whey Protein


Berat Bersih :
240gm

Harga: RM 118.80
Order Email: noranasir@rocketmail.com

Setiap satu sudu hidangan mengandungi hanya 5gm protein, 0gm lemak, 0gm karbohidrat dan tanpa kandungan garam dan gula. Kandungannya juga terdiri daripada sistina dan metionina yang penting untuk membina dan menguatkan jisim otot. dan Ianya boleh dicampurkan bersama
Formula 1 atau susu rendah lemak atau soya.


Manfaat Penting:
- Membantu menghalang / mengurangkan rasa lapar
- Membantu membina muscle dan menigkatkan pertumbuhan lean muscle
- Mempercepatkan proses pembakaran lemak

- Mengelakan fenomena yo-yo dalam penurunan berat badan

Tea Mix - Lemon Hibiscus / Peach


Berat Bersih: 50gm / 100gm
Harga: RM 131.76 / RM 228.96
Order Email: noranasir@rocketmail.com

Tea-mix segera yang lazat dan berkalori rendah membantu anda agar sentiasa bertenaga dan segar semasa anda menguruskan berat badan anda.

Tea Mix boleh didapati dalam 2 perisa: Lemon & Hibiscus, Peach( 100gm sahaja)


Manfaat Penting:
- Dapatkan peningkatan tenaga
- Nikmati kebaikan the hijau
- Menguruskan berat badan anda
- Rendah kalori dan kaborhidrat

Health Tip #15


Thursday, November 8, 2012

Khamis yang......!

Hai!

harini hujan dari pagi..alahai..susah hati aku bila hujan. bila hujan confirm banjir.apa-apa pun breakfast aku dimulakan dengan nutrisi 123

500ml cold water + 1 cap aloe concentrate
500mlwarm water + 1tspn teamix
500ml cold water + 1 scoop F3 + 3 scoop F1 cappucino

as for lunch:

sesenduk nasi putih
gulai lemak ayam
sup sayur campur
plain water

around 3pm having another 500ml teamix.then munch-munch keropok (dem!) dan jambu batu (tanpa asam) then moving around finish up unsettling business. as for dinner plak menu seperti berikut:

500ml cold water + aloe concentrate
500ml hot water + 1tspn teamix (ni buat panas sebab cuaca tersangat lah sejuk.hujan tak berhenti-henti)

malam tak minum shake..sebab rasa full sangat. balik lepas solat, update sekejap nih nak pergi memengsankan diri.

total H2O: 3.5l

ok bai!



Health Tip #14


Tuesday, November 6, 2012

Selasa...

Hai!

ok harinih macam bersemangat sedikit.tapi tak banyak lah..kepala masih berserabut dengan isu banjir yang tak sudah.agak tekanan juga.tapi apa boleh buat..lumrah berniaga mesti ada ujian.kalau tiada ujian tu maknanya perniagaan itu takkan berkembang.haha ye je aku! ok as usual breakfast aku seperti berikut.

500ml  cold water + 1 cap aloe concentrate
500ml hot water + 1 tsp tea mix
500ml plain water + 3 flat scoop F1 chocolate + 2 flat scoop F3
plain water

ok harini aku letak extra protein, sebab aku rasa aku kurang makan..so aku add up protein untuk badan aku rasa full. tapi ingat bila protein bertambah, air kosong juga perlu bertambah. supaya tekak takde la kering sangat.

harini tetamu jauh datang..kak dari indonesia tapi bekerja di sini.agak kagum aku dengan kakak tu, bekerja keras disini meniaga jual buah dan goreng-goreng untuk anak dia yang sedang belajar dalam jurusan kedoktoran. aku gembira bila dia bercerita, dia rasa sihat minum nutrisi, boleh kerja lebih masa, tak letih.. Alhamdulillah.

bukan la aku nak bangga-banggakan yang nutrisi nih bagus.tapi logik akal pun..kalau kita bagi badan kita makan SIHAT dan LENGKAP dan SEIMBANG, insyaAllah badan kita sihat..masalahnya sekarang ramai yang sibuk, dan malas nak prepare makanan yang sihat. aku tak terkecuali.maka aku cari alternatif lain. Alhamdulillah berjumpa nutrisi. selama hampir 2 tahun aku belum pernah pegi klinik atau hospital, mahu pun menelan sebiji panadol. Syukur Alhamdulillah :)

then harinih aku pulang ke rumah untuk lunch.masakan ibu tiada tandingan! simple je lauknya..salad campur  nasi sesenduk dengan ikan tengiri masak cili. kemudian lepas 1 jam aku minum 500ml teamix.

untuk dinner plak seperti biasa aku ke kelab. dinner seperti berikut:
500ml  cold water + 1 cap aloe concentrate
500ml hot water + 1 tsp tea mix
500ml plain water + 3 flat scoop F1 chocolate + 2 flat scoop F3
plain water

tiada yang menarik harini.aku menghabiskan masa menganalisa diri.exercise pun tak.sekadar buat squat dan crunches. aku dah download insanity full version tapi bilakah nak mengamalkan seperti dijadualkan tak tau lah aku.alahai..perlu ubah jadual!kena paksa diri!

ok bai!



Health Tip #12


Monday, November 5, 2012

Monday....Clueless

Hai!

harini tiada semangat untuk berbuat apa.pergi ke kelab atas dasar tanggungjawab sahaja. banyak benda berlaku dalam beberapa bulan ini membuatkan aku sangat down. maka aku berbincang dengan coach.dia cakap takpa nanti dia datang. so sementara tunggu dia datang, aku breakfast dulu.. menu aku seperti biasa

air kosong
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 chocolate
air kosong


dalam pukul 11.30pagi coach aku sampai. dia bagi aku pinjam satu cd tajuk Building Your Network Marketing oleh Jim Rohn. dia suruh aku dengar dan fahamkan dan relatekan kepada keadaan aku sekarang. sejak beberapa bulan yang lepas juga aku lebih suka menyendiri dari join group-group motivasi. malas. hari ini dia ajak pergi tengok focus group meeting. the big-big boss plan how to grow the business. aku jawab tengok lah kalau rajin. ( gila down nih! haha ) sebelum gerak ke Cheras aku lunch dulu.lunch aku seperti berikut

nasi kosong separuh
ayam goreng
gulai lemak pisang
sayur sawi
sambal belacan

menyelerakan sungguh lauk!haha! lepas solat aku gerak ke cheras.sepanjang perjalanan tu aku on la cd yang dibagi pinjam tu. Jim Rohn berkata "same wind blows on each of us, it is the sets of of the sails, not the direction of the wind that determines which way we will go"  apa yang aku faham dengan apa yang dia cakap setiap orang MEMANG ada masalah.tapi cara mana kita mengatasi masalah itu untuk mencapai masa depan kita. atau... kita biarkan masalah kita merampas masa depan kita. cd nih memang bagus kepada sesiapa yang bekerja sendiri. Cabaran bekerja sendiri ni memang banyak.dari umpatan orang sampai lah tentangan keluarga. nak tau lebih lanjut maka korang pegi la beli cd nih. buku pun ada.harga tak tau.sila google.

habis meeting dah waktu maghrib. jalan teramat jammed. sudahnya kelab untuk sessi malam tak buka. otw singgah solat dan kononnya nak makan.last-last aku berenti di petronas isi minyak dan beli dinner aku iaitu low fat yogurt drink bliss mango. minum la sebotol besar tu sampai kenyang.

sampai rumah dah dekat pukul 10mlm. gila teruk jammed di kuala lumpur ini!. sebelum tido aku update dulu. sekarang barulah aku boleh tido dengan nyenyaknya. ha ha. before that take time to read below.


ok bai!

 

Health Tip #11


Sunday, November 4, 2012

Lazy Sunday

Hai!

aktiviti pagi ini dimulakan dengan mengemas-ngemas rumah.sedang seronok mengemas sambil menonton tv dapat panggilan kelab bajir lagi.alahai..takpe tengahari nanti baru menjengah kelab tengok apa yang perlu dibuat.apa yang penting sarapan dahulu. so sarapan aku seperti berikut.

500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 cappucino
air kosong


tengahari dalam pukul 11 aku gerak ke kelab. seperti biasa dapur dengan ruang side table dimasuki air lagi. selagi kerja-kerja pembangunan kat belakang tu tak siap selagi tu lah kena tabah.sebelum sesi pembersihan berlaku aku dan mummy mencari dari mana air masuk. lepas dah jumpa maka aku dan mak seal lah mana yang patut. pulang ke rumah memang lapar tahap raksasa.maka lunch aku seperti berikut:-

1 senduk bihun
1/2 senduk nasi minyak
ayam merah
kuah kurma
air kosong

tak sempat nak berehat keluar lagi aku ke 1 utama.tiada apa pun nak dicari sekadar mencuci mata di Daiso dan melawat Victoria's Secret Boutique yang baru buka. dah aim satu beg disitu.hihi..di daiso plak sempat membeli blackhead mask. insyaAllah kalau rajin aku buat review. so as makan malam aku dah makan di JJ food court.

nasi goreng blackpepper ( few spoon only..dah kenyang) 
coffee bun (sepanjang jalan didalam mall)
popcorn
mineral water

hari ini memang tak exercise langsung! tidakk!! hanya berjalan sahaja dan mencuci kelab. tapi aku rasa memang hari ini aku berjalan lebih dari 10,000 langkah seperti yang disyorkan oleh kementerian kesihatan. ho ho ho

ok bai!

P/S: BERJALAN JUGA MERUPAKAN SATU SENAMAN.AKU LETAK SEKALI KELEBIHAN BERJALAN.HAPPY READING!


Health Tip #10


Saturday, November 3, 2012

Saturday Caturday!

Hai!



hari sabtu kembali lagi! aktiviti harini pergi menghantar anak-anak bulu ke vet, menghantar servis en.waja dan malam ada ceramah agama. so as usual pagi ku dimulakan dengan nutrisi 123

air kosong
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 cappucino
air kosong


selepas itu aku terus membawa kucing-kucing aku ke vet untuk devaksin, dinyah cacing, dan normal check-up. yep i'm a cat person. nanti rajin aku story pasal diaorang. selesai sudah di vet dah waktu tengahari.memang lapar sangat time tu. so pulang ke rumah dan makan. lunch aku seperti berikut..

sesenduk nasi
ayam merah
salad mentah
air kosong

lepas dah makan terasa teramat lah mengantuknya. terus terlelap.sila jangan tiru ini ya! sungguh tidak sihat untuk kesihatan! before asar dah bangun sebab nak bersiap-siap ke cheras.ada  kuliah agama. bila dah kuliah agama yang aku selalu hadiri ni makan yang disediakan sangat mewah. kerana penceramah jemputan kebiasaannya dari negara arab.maka lauk pauk pun mewah!

menu tadi adalah, sup tulang, nasi minyak, dalca sayur, jelatah, rendang daging minang, kuah asam, kurma daging. dessert pula pudding, bermacam-macam apam dan tembikai.


tuhan sajalah yang tahu sungguh aku meng-control nafsu dari makan semua itu.sudahnya kerana nak menjaga hati tuan rumah, makan malam aku seperti berikut

2 ketul apam
1 pudding
1 pinggan tembikai
seketul daging rendang
sesudu dalca( without kuah) dan jelatah
nasi pula sesenduk (di kongsi bersama adik)

aarghh!!banyak betul makan! budaya kita, kalau kita tak makan selagi tu kita dipaksa makan.ha ha alasan! hari sabtu untuk aku memang susah untuk aku elak dari makanan. tambah lagi lepas-lepas nih dah mula cuti sekolah.kenduri setiap minggu! hu hu hu semoga berjaya keatas aku mengawal nafsu untuk minggu- minggu akan datang.

#notakaki: setiap hari air kosong yang aku minum memang melebihi 3liter. tip untuk mulakan minum air 250ml setiap 1 jam. maka nanti dalam tempoh 8pagi hingga 8 malam korang dah berjaya minum  3 liter.semoga berjaya!

bai!




Health Tip #9


Friday, November 2, 2012

Jumaat yang agak ceria sedikit...

Hai!

semalam memang flat habis.tak tau lah kenapa. so harini bangun awal.lepas solat terus naik basikal..tak lama pun 15min sahaja nak cukupkan 5km dan burn 100kcal.( itu yang tertera.actually benda nih tak berapa accurate pun) seterusnya bersiap-siap untuk ke kelab.

seperti biasa having breakfast di kelab dengan nutrisi 123
plain water
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi


then lunch harini seperti berikut:
sesenduk nasi dan kari ayam
plain water

since takde buat apa harini, aku buat insanity..tuh pun tak semua buat mana yang larat. im not sure why..this few days sangat low energy. teamix pun tak jalan.haha overused my body kot. yerlah these few weeks asyik banjir.so sangat banyak kena mengemas.

 

petang-petang terasa lapar la plak.maka ada salad mentekedarah salad dulu..then dinner seperti biasa di kelab juga.sampai-sampai ke kelab,banjir lagi.alahai...selagi projek belakang tu tak siap selagi tu lah akan banjir.ditambah pula musim hujan..kena banyak bersabar..


dan dinner aku seperti berikut:-
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water 


sekarang mengadap lappy untuk mengupdate apa yang patut. kalau korang perasan banyak plain water aku minum.ya!memang banyak. kalau time sejuk-sejuk paling kurang 3 liter mesti habis sehari. kalau time cuaca biasa lebih 4 liter. tapi bukan minum sekali gus ya! minum sikit-sikit tapi cuba habiskan di waktu siang.



ok bai!  

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink


Berat Bersih : 550gm
Harga : RM 167.40
Order Email : noranasir@rocketmail.com

Hidangan yang menyihatkan dengan 19 vitamin, mineral dan nutrien perlu dalam lima perasa yang lazat untuk menyokong pengurusan berat badan anda.

Shake Formula 1 meliputi soy protein soya, serat dan nutrien perlu yang membantu menyokong metabolisme, pertumbuhan pembaikan selular, dan pengeluaran. Terdapat dalam 5 perisa lazat. Chocolate, Cappuccino, Str
awberry, Vanilla & Tropical Fruit

Manfaat Penting:
- Hidangan sihat untuk nutrisi seimbang
- Menguruskan berat badan, menjadi lebih sihat
- Dapatkan 9g protein dan serat yang menyihatkan
- Beri khasiat kepada badan anda dengan Nutrisi Selular

Fakta Pintas:
- 9 gram protein soya yang menyihatkan dalam setiap hidangan.
- Mengandungi antioksidan vitamin C dan E.
- Mengandungi Aminogen®†, plus bromelain dan papain,untuk menyokong pencernaan protein.
- Cipta resipi anda sendiri dengan menambah buah-buahan segar.
- 0 kolesterol; 0 trans lemak.

Health Tip #8


Thursday, November 1, 2012

khamis semakin malas.

Hai!

seperti biasa aku start breakfast dengan nutrisi 123.

plain water
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate

500ml warm water + 1tspn tea mix

500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc

plain water lagi



harini pun hujan.bila cuaca begini automatically kemalasan melanda. kononnya balik nak buat chicken salad.bila sampai ke dapur nampak megi kari.terus masak megi kari dgn telur. so itu lah lunch aku.


dan untuk dinner seperti biasa nutrisi 123
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix

500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc

plain water 


malam nih pulang dari kelab agak lewat.walaupun dah makan terasa lapar lagi.sudahnya tambah lagi semangkok sayur campur dari cameron highland. (plan asal nak makan lunch). harini memang takde buat workout langsung.malas!

ok bai!

Health Tip #7


Wednesday, October 31, 2012

rabu yang haru biru

Hai!

harini takde mood nak tulis panjang-panjang. agak kepenatan mentally.bukan physically. :) so seperti biasa aku start breakfast dengan nutrisi 123.

plain water
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi

harini hujan dari pagi so rakan kelab ramai yang tak datang.banyak masa terluang so aku buat squat.harini macam takkan buat insanity. so aku gantikan dengan squat je (16x 2set/5-10min) pace dia slow je..baru terasa kat peha. then lunch, aku beli je..subway chicken terriyaki.

 
dan dinner aku seperti berikut:
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi 

balik rumah celebrate anniversary mummy ngan abah plak..alahai..so add on seperti berikut:-
a spoon of chocolate indulgence
setengah ketul ayam kfc(buang kulit)

maka lewat lah aku tido malam ini semata-mata nak mendigestkan kelebihan makanan.isk. btw..tido mempengaruhi kenaikan badan.tak cukup tido boleh membuatkan berat bertambah.so..sila dapatkan tido yang secukupnya.

ok bai!   

Health Tip #6


Tuesday, October 30, 2012

Selasa yang mendung...

Hai!

tajuk menunjukkan keadaan cuaca harini, seterusnya dia memberi effect kepada aku. gila! betul..tak tipu.hari ini pun aku rasa mendung tak ceria macam semalam. pertamanya sebab parent pegi honeymoon..so jenuh nak fikir apa nak masak untuk adik-adik. keduanya biasalah mulut-mulut manusia yang 'nakal' suka menyelak2 kain manusia lain.apa pun aku tidak akan sentuh perkara itu.. as usual breakfast pagi ini seperti berikut:-

plain water (lost count dah..since bangun tido)
sebiji epal merah
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi

as for lunch terasa lapar sangat harini..menu seperti berikut:
1 pinggan kuehteow goreng ( mak masak pakai minyak smart balance)
plain water

as for evening exercise just buat cycling (5km/10min), squat (16x 2set/5 min) and hip hop abs ( 30 min) total workout time 45min. lepas workout amik shake as a recovery formula.

500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 tropical

lepas tu rest kejap, lepas maghrib siap-siap pegi kelab nutrisi. dan dinner di kelab seperti berikut:-
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi

mungkin ramai yang pelik kenapa aku highlight makanan aku, hijau dan merah. ianya memudahkan aku untuk semak apa yang aku makan sihat, dan tak. so dari situ kita boleh lihat sihat ke tak kita punya pemakanan hari ini. bila kita dah tau, boleh la kita ubah mana yang patut. ;)

ok bai!


Health Tip #5


Monday, October 29, 2012

DIY Home Facial

Hai!

sebelum ni aku dah janji nak share macamana penjagaan muka dirumah. jadi malam ni, disebabkan tak boleh tidur, maka aku pun merajinkan diri membuat DIY home facial. tak susah mudah sahaja. apa yang diperlukan adalah seperti berikut:-

a) make-up remover
b) facial sponge
c) facial cotton
d) mangkuk kecil


Dan untuk barangan facial memang aku pakai outer nutrition dari Herbalife. apa yang diperlukan ialah:-

1. NouriFusion Foaming Gel Cleanser (normal/oily - ikut jenis kulit )
2. NouriFusion Exfoliating Scrub
3. NouriFusion Toner (normal/oily- ikut jenis kulit)
4. NouriFusion Clarifying Mask
5. NouriFusion Night Cream
6. NouriFusion Eye Cream

Langkah-langkah seperti berikut.

1. cuci tangan dahulu sebelum memulakan facial. cuci pakai sabun.

2. hilangkan segala make-up dahulu mengunakan make-up remover.

3. pump-kan gel cleanser sebesar syiling 20sen, titiskan air dan usap tangan untuk mendapatkan foam. kemudian sapukan ke muka dalam 'circular motion'. buat selama 2 minit. kemudian bersihkan mengunakan facial sponge sampai hilang buih.( kebiasaan 3 kali cucian)

4. kemudian gunakan scrub picitkan sebesar duit 50sen ( atau secukupnya) ratakan ke seluruh muka.  biar selama 2 - 5 minit. basahkan tangan dan gosokan muka dalam 'circular motion' juga. tidak perlu gosok secara kasar.gosok selembut yang mungkin.jika kering,basahkan lagi tangan anda. ulangi selama 2 minit kemudian bersihan mengunakan facial foam.

5. langkah seterusnya, bersihkan muka dengan toner. toner bertindak mengeluarkan kotoran yang tertinggal.

6. kemudian, ratakan mask ke seluruh muka hingga ke bawah dagu ( boleh pakai sampai ke leher). biarkan selama 10 -15 minit. anda akan kelihatan seperti berikut..


7. selepas itu bersihkan mask tersebut, kemudian bersihkan lagi sekali muka anda dengan toner. langkah terakhir, sapukan night cream dan eye cream. kemudian jalankan jari anda (seperti main piano) ke seluruh muka anda (kalau ada face massager tu boleh pakai) siap!

facial nih mengambil masa lebih kurang 30-45 minit sahaja. kalau nak tambah, sebelum pakai mask tu boleh pakai blackhead remover tu kerana lepas scrub senang nak mengeluarkan black / white head. nanti kalau rajin aku akan menerangkan satu demi satu produk outer nutrition.

mungkin ada yang kurang faham macamana nak massage muka so aku sertakan sekali gambarajah yang aku jumpa kat google. basically dia macam nih..tapi kalau nak lagi canggih boleh search youtube.



ok bai!

Isnin yg cerrrria!

Hai!

bangun je pagi dah bersemangat.kenapakah?sebab malam-malam sebelum tido dah set apa yang perlu dibuat hari ini. Ucap syukur dipagi hari, Alhamdulillah lancar segala kerja hari ini. sampai ke kelab terus breakfast.dan breakfast ku seperti berikut:

500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water  + 3flat scoop of F1
500ml plain water

then off to HQ beli stok kelab and personal yang dah habis.Alhamdulillah mudah kerja hari ini.tak sampai 1 jam selesai segalanya. Then lunch seperti berikut:

500ml plain water
semangkuk mihun sup (tolak tepi daging dan perut)

pastu dah nak petang petang, buat insanity plak..tak habis pun..just 20minit. Almaklum lah orang tak pernah nak exercise tetiba nak buat insanity memang INSANE! maka mulakan perlahan-lahan. hari ini buat cardio recovery sahaja. lepas exercise air kena banyak minum. replenish balik.

then petang pergi ke kelab.alhamdulillah malam fullhouse. Lepas raya semua mencari nutrisi, badan dah berat kata mereka. so dinner aku seperti berikut:

500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 2 heaping scoop of F1 + 1 heaping scoop of F3
plain water ( tak tau berapa liter, main teguk je ^^)

tiba dirumah rasa tak boleh nak tido.so aku dengan  rajinnya nak buat facial. sebab dah seminggu tak buat. InsyaAllah kalau rajin aku post step by step.

ok bai!


Health Tip #4


Sunday, October 28, 2012

Hari Malas Sedunia.


hai!

apa kena mengena gambar diatas dengan aku?ok begini.. harini aktiviti teramat slow kerana rasa macam dah hilang tenaga disebabkan semalam bekerja kontrak. so menu hari ini pun semua malas belaka.

breakfast aku seperti berikut:
500ml plain water
500ml apple cider
500ml teamix
sekeping roti dengan serunding.

untuk lunch plak menu seperti berikut:
500ml teamix
semangkuk kuah lontong tanpa nasi impit
500ml plain water

in between breakfast and lunch dah 2 liter air kosong diminum. nak dekat petang, pergi ke kelab untuk final cleaning. bila musim hujan kena berhati-hati.air senang naik. maka pergi ke kelab membersihkan kelab sebelum kelab beroperasi esok. aktiviti yang dijalankan ialah menyapu, mengemop, cuci kipas. berpeluh la juga. bila berpeluh tu maknanya adalah pembakaran berlaku..walaupun tak banyak. :)

kemudian untuk makan malam menu seperti berikut:
500ml aloe concentrate
semangkuk timun dan kuah kacang

dinner tu makan kat kelab je.kebetulan ada kuah kacang.makan ngan timun.punya la malas nak pergi cari makan. kononnya balik nak buat deep facial. tapi disebabkan kemalasan cuci biasa sahaja. insyaAllah bila rajin, aku akan tunjuk deep facial dirumah.

ok bai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...