Wednesday, October 31, 2012

rabu yang haru biru

Hai!

harini takde mood nak tulis panjang-panjang. agak kepenatan mentally.bukan physically. :) so seperti biasa aku start breakfast dengan nutrisi 123.

plain water
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi

harini hujan dari pagi so rakan kelab ramai yang tak datang.banyak masa terluang so aku buat squat.harini macam takkan buat insanity. so aku gantikan dengan squat je (16x 2set/5-10min) pace dia slow je..baru terasa kat peha. then lunch, aku beli je..subway chicken terriyaki.

 
dan dinner aku seperti berikut:
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi 

balik rumah celebrate anniversary mummy ngan abah plak..alahai..so add on seperti berikut:-
a spoon of chocolate indulgence
setengah ketul ayam kfc(buang kulit)

maka lewat lah aku tido malam ini semata-mata nak mendigestkan kelebihan makanan.isk. btw..tido mempengaruhi kenaikan badan.tak cukup tido boleh membuatkan berat bertambah.so..sila dapatkan tido yang secukupnya.

ok bai!   

Health Tip #6


Tuesday, October 30, 2012

Selasa yang mendung...

Hai!

tajuk menunjukkan keadaan cuaca harini, seterusnya dia memberi effect kepada aku. gila! betul..tak tipu.hari ini pun aku rasa mendung tak ceria macam semalam. pertamanya sebab parent pegi honeymoon..so jenuh nak fikir apa nak masak untuk adik-adik. keduanya biasalah mulut-mulut manusia yang 'nakal' suka menyelak2 kain manusia lain.apa pun aku tidak akan sentuh perkara itu.. as usual breakfast pagi ini seperti berikut:-

plain water (lost count dah..since bangun tido)
sebiji epal merah
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi

as for lunch terasa lapar sangat harini..menu seperti berikut:
1 pinggan kuehteow goreng ( mak masak pakai minyak smart balance)
plain water

as for evening exercise just buat cycling (5km/10min), squat (16x 2set/5 min) and hip hop abs ( 30 min) total workout time 45min. lepas workout amik shake as a recovery formula.

500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 tropical

lepas tu rest kejap, lepas maghrib siap-siap pegi kelab nutrisi. dan dinner di kelab seperti berikut:-
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 choc
plain water lagi

mungkin ramai yang pelik kenapa aku highlight makanan aku, hijau dan merah. ianya memudahkan aku untuk semak apa yang aku makan sihat, dan tak. so dari situ kita boleh lihat sihat ke tak kita punya pemakanan hari ini. bila kita dah tau, boleh la kita ubah mana yang patut. ;)

ok bai!


Health Tip #5


Monday, October 29, 2012

DIY Home Facial

Hai!

sebelum ni aku dah janji nak share macamana penjagaan muka dirumah. jadi malam ni, disebabkan tak boleh tidur, maka aku pun merajinkan diri membuat DIY home facial. tak susah mudah sahaja. apa yang diperlukan adalah seperti berikut:-

a) make-up remover
b) facial sponge
c) facial cotton
d) mangkuk kecil


Dan untuk barangan facial memang aku pakai outer nutrition dari Herbalife. apa yang diperlukan ialah:-

1. NouriFusion Foaming Gel Cleanser (normal/oily - ikut jenis kulit )
2. NouriFusion Exfoliating Scrub
3. NouriFusion Toner (normal/oily- ikut jenis kulit)
4. NouriFusion Clarifying Mask
5. NouriFusion Night Cream
6. NouriFusion Eye Cream

Langkah-langkah seperti berikut.

1. cuci tangan dahulu sebelum memulakan facial. cuci pakai sabun.

2. hilangkan segala make-up dahulu mengunakan make-up remover.

3. pump-kan gel cleanser sebesar syiling 20sen, titiskan air dan usap tangan untuk mendapatkan foam. kemudian sapukan ke muka dalam 'circular motion'. buat selama 2 minit. kemudian bersihkan mengunakan facial sponge sampai hilang buih.( kebiasaan 3 kali cucian)

4. kemudian gunakan scrub picitkan sebesar duit 50sen ( atau secukupnya) ratakan ke seluruh muka.  biar selama 2 - 5 minit. basahkan tangan dan gosokan muka dalam 'circular motion' juga. tidak perlu gosok secara kasar.gosok selembut yang mungkin.jika kering,basahkan lagi tangan anda. ulangi selama 2 minit kemudian bersihan mengunakan facial foam.

5. langkah seterusnya, bersihkan muka dengan toner. toner bertindak mengeluarkan kotoran yang tertinggal.

6. kemudian, ratakan mask ke seluruh muka hingga ke bawah dagu ( boleh pakai sampai ke leher). biarkan selama 10 -15 minit. anda akan kelihatan seperti berikut..


7. selepas itu bersihkan mask tersebut, kemudian bersihkan lagi sekali muka anda dengan toner. langkah terakhir, sapukan night cream dan eye cream. kemudian jalankan jari anda (seperti main piano) ke seluruh muka anda (kalau ada face massager tu boleh pakai) siap!

facial nih mengambil masa lebih kurang 30-45 minit sahaja. kalau nak tambah, sebelum pakai mask tu boleh pakai blackhead remover tu kerana lepas scrub senang nak mengeluarkan black / white head. nanti kalau rajin aku akan menerangkan satu demi satu produk outer nutrition.

mungkin ada yang kurang faham macamana nak massage muka so aku sertakan sekali gambarajah yang aku jumpa kat google. basically dia macam nih..tapi kalau nak lagi canggih boleh search youtube.



ok bai!

Isnin yg cerrrria!

Hai!

bangun je pagi dah bersemangat.kenapakah?sebab malam-malam sebelum tido dah set apa yang perlu dibuat hari ini. Ucap syukur dipagi hari, Alhamdulillah lancar segala kerja hari ini. sampai ke kelab terus breakfast.dan breakfast ku seperti berikut:

500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water  + 3flat scoop of F1
500ml plain water

then off to HQ beli stok kelab and personal yang dah habis.Alhamdulillah mudah kerja hari ini.tak sampai 1 jam selesai segalanya. Then lunch seperti berikut:

500ml plain water
semangkuk mihun sup (tolak tepi daging dan perut)

pastu dah nak petang petang, buat insanity plak..tak habis pun..just 20minit. Almaklum lah orang tak pernah nak exercise tetiba nak buat insanity memang INSANE! maka mulakan perlahan-lahan. hari ini buat cardio recovery sahaja. lepas exercise air kena banyak minum. replenish balik.

then petang pergi ke kelab.alhamdulillah malam fullhouse. Lepas raya semua mencari nutrisi, badan dah berat kata mereka. so dinner aku seperti berikut:

500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 2 heaping scoop of F1 + 1 heaping scoop of F3
plain water ( tak tau berapa liter, main teguk je ^^)

tiba dirumah rasa tak boleh nak tido.so aku dengan  rajinnya nak buat facial. sebab dah seminggu tak buat. InsyaAllah kalau rajin aku post step by step.

ok bai!


Health Tip #4


Sunday, October 28, 2012

Hari Malas Sedunia.


hai!

apa kena mengena gambar diatas dengan aku?ok begini.. harini aktiviti teramat slow kerana rasa macam dah hilang tenaga disebabkan semalam bekerja kontrak. so menu hari ini pun semua malas belaka.

breakfast aku seperti berikut:
500ml plain water
500ml apple cider
500ml teamix
sekeping roti dengan serunding.

untuk lunch plak menu seperti berikut:
500ml teamix
semangkuk kuah lontong tanpa nasi impit
500ml plain water

in between breakfast and lunch dah 2 liter air kosong diminum. nak dekat petang, pergi ke kelab untuk final cleaning. bila musim hujan kena berhati-hati.air senang naik. maka pergi ke kelab membersihkan kelab sebelum kelab beroperasi esok. aktiviti yang dijalankan ialah menyapu, mengemop, cuci kipas. berpeluh la juga. bila berpeluh tu maknanya adalah pembakaran berlaku..walaupun tak banyak. :)

kemudian untuk makan malam menu seperti berikut:
500ml aloe concentrate
semangkuk timun dan kuah kacang

dinner tu makan kat kelab je.kebetulan ada kuah kacang.makan ngan timun.punya la malas nak pergi cari makan. kononnya balik nak buat deep facial. tapi disebabkan kemalasan cuci biasa sahaja. insyaAllah bila rajin, aku akan tunjuk deep facial dirumah.

ok bai

Health Tip #3


Saturday, October 27, 2012

sabtu: calorie free day!

hai!

untuk hari ini aku berazam untuk mulakan exercise. kerana selain dari menjaga pemakanan untuk menurunkan berat, exercise itu perlu. betul? so pagi-pagi dah buka tv..kononnya nak buat insanity. ha ha dapat buat 10 minit pertama sahaja.itu pun peluh dan macam mandi. aku pancit. then lagi 10 minit aku buat cycling je.

breakfast plak seperti berikut:-
500ml plain water
500ml cold water + 2tspn apple cider (aloe dah habis aku gantikan apple cider.fungsi dia?nanti aku cerita lain)
500ml tea mix
serunding dengan sekeping roti.

kemudian aku ke kelab untuk membersihkan kelab yang banjir. part of senaman juga aku rasa kerana aku melakukan aktiviti mengangkat batu bata, mengheret 25kg pasir, dan menambus apa yang patut.

untuk lunch plak menu seperti yang berikut:-  
sebatang aiskrim kon. ( teramat lapar lepas sesi mengangkat batu dan menyeret pasir T__T )
semangkuk laksa.
air kosong..(tak tau berapa liter tapi sangat banyak diantara pukul 12 hingga 2ptg)

balik dari sesi membersihkan kelab, aku berjumpa client plak. ahh!! makan lagi! fast food plak tu.aduhai..so menu seperti berikut.

500ml mineral water
burger fish apa benda ntah.
300ml root beer
fries

dah jumpa client pegi plak window shopping dengan harapan boleh burn apa yang dimakan, memang boleh burn tapi sangat tak banyak! then pulang ke rumah. ada plak pizza.alahai...

untuk makan malam seperti berikut:-
2 keping pizza,
sekeping garlic bread.
air kosong 

sangat tak sihat menu aku hari ini. aku dengan makanan memang sukar di pisahkan. aku seorang tukang masak, untuk mengelak makanan sangat mustahil. tapi kalau ikut aku yang dulu lagi banyak aku makan. double of all the above portion and nescafe its a must!setiap meal dan coffee break. ;) so i do it slow..step by step.. little change each day :) 


Replacement Meal

Hai!

ok topik hari ini adalah gantian makanan. untuk membantu aku dalam meneruskan impian untuk mendapat berat badan yang ideal, aku telah mengantikan dua dari 3 makanan utama dengan makanan gantian. Gantian makanan yang aku pilih ialah HERBALIFE. kenapa aku  pilih gantian makanan kerana aku memang teramat malas nak prepare makanan berkhasiat dari dapur. maka nak mudah..aku cari yang mudah.
Sebenarnya sebelum HERBALIFE, dah banyak produk pelangsing yang aku cuba.semuanya tiada hasil.kecewa. ok aku taknak cerita pasal produk lain.aku nak cerita apa peranan replacement meal nih. untuk yang ingin menurunkan berat tapi maaaalass sangat nak prepare makanan yang sihat, memang aku sarankan cari replacement meal. kerana kalori yang rendah dan kenyang. secara logik apabila kita replace breakfast atau dinner kita dengan shake secara tak langsung kita dah kurangkan kalori intake.

apabila kalori intake kurang, secara tak langsung, berat pun boleh turun. yang bestnya shake HERBALIFE nih, dia protein base.maka memang setiap kali consume akan diguna pakai. tiada yang tersimpan. sejak badan dah ringan sikit ni aku mula lah rajin nak berlari-lari anak (exercise). tetiba jadi conscious ni kerana aku terasa sangat berat nak bawa beban 80kg tu. nanti aku share cara aku consume HERBALIFE.



ok.bai!

Health Tip #2


Friday, October 26, 2012

aku tidak fit!

hai!

pada usia 28 tahun baru aku nak sedar bila badan dah berat, sangat susah untuk membuat kerja harian. maka atas kesedaran itu, aku buat blog ini untuk merekod perjalanan harian untuk mendapatkan hidup yang lagi sihat. so..semoga berjaya ke atas aku!ha ha!

Health Tip #1


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...