Monday, October 29, 2012

DIY Home Facial

Hai!

sebelum ni aku dah janji nak share macamana penjagaan muka dirumah. jadi malam ni, disebabkan tak boleh tidur, maka aku pun merajinkan diri membuat DIY home facial. tak susah mudah sahaja. apa yang diperlukan adalah seperti berikut:-

a) make-up remover
b) facial sponge
c) facial cotton
d) mangkuk kecil


Dan untuk barangan facial memang aku pakai outer nutrition dari Herbalife. apa yang diperlukan ialah:-

1. NouriFusion Foaming Gel Cleanser (normal/oily - ikut jenis kulit )
2. NouriFusion Exfoliating Scrub
3. NouriFusion Toner (normal/oily- ikut jenis kulit)
4. NouriFusion Clarifying Mask
5. NouriFusion Night Cream
6. NouriFusion Eye Cream

Langkah-langkah seperti berikut.

1. cuci tangan dahulu sebelum memulakan facial. cuci pakai sabun.

2. hilangkan segala make-up dahulu mengunakan make-up remover.

3. pump-kan gel cleanser sebesar syiling 20sen, titiskan air dan usap tangan untuk mendapatkan foam. kemudian sapukan ke muka dalam 'circular motion'. buat selama 2 minit. kemudian bersihkan mengunakan facial sponge sampai hilang buih.( kebiasaan 3 kali cucian)

4. kemudian gunakan scrub picitkan sebesar duit 50sen ( atau secukupnya) ratakan ke seluruh muka.  biar selama 2 - 5 minit. basahkan tangan dan gosokan muka dalam 'circular motion' juga. tidak perlu gosok secara kasar.gosok selembut yang mungkin.jika kering,basahkan lagi tangan anda. ulangi selama 2 minit kemudian bersihan mengunakan facial foam.

5. langkah seterusnya, bersihkan muka dengan toner. toner bertindak mengeluarkan kotoran yang tertinggal.

6. kemudian, ratakan mask ke seluruh muka hingga ke bawah dagu ( boleh pakai sampai ke leher). biarkan selama 10 -15 minit. anda akan kelihatan seperti berikut..


7. selepas itu bersihkan mask tersebut, kemudian bersihkan lagi sekali muka anda dengan toner. langkah terakhir, sapukan night cream dan eye cream. kemudian jalankan jari anda (seperti main piano) ke seluruh muka anda (kalau ada face massager tu boleh pakai) siap!

facial nih mengambil masa lebih kurang 30-45 minit sahaja. kalau nak tambah, sebelum pakai mask tu boleh pakai blackhead remover tu kerana lepas scrub senang nak mengeluarkan black / white head. nanti kalau rajin aku akan menerangkan satu demi satu produk outer nutrition.

mungkin ada yang kurang faham macamana nak massage muka so aku sertakan sekali gambarajah yang aku jumpa kat google. basically dia macam nih..tapi kalau nak lagi canggih boleh search youtube.



ok bai!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...