Saturday, October 27, 2012

sabtu: calorie free day!

hai!

untuk hari ini aku berazam untuk mulakan exercise. kerana selain dari menjaga pemakanan untuk menurunkan berat, exercise itu perlu. betul? so pagi-pagi dah buka tv..kononnya nak buat insanity. ha ha dapat buat 10 minit pertama sahaja.itu pun peluh dan macam mandi. aku pancit. then lagi 10 minit aku buat cycling je.

breakfast plak seperti berikut:-
500ml plain water
500ml cold water + 2tspn apple cider (aloe dah habis aku gantikan apple cider.fungsi dia?nanti aku cerita lain)
500ml tea mix
serunding dengan sekeping roti.

kemudian aku ke kelab untuk membersihkan kelab yang banjir. part of senaman juga aku rasa kerana aku melakukan aktiviti mengangkat batu bata, mengheret 25kg pasir, dan menambus apa yang patut.

untuk lunch plak menu seperti yang berikut:-  
sebatang aiskrim kon. ( teramat lapar lepas sesi mengangkat batu dan menyeret pasir T__T )
semangkuk laksa.
air kosong..(tak tau berapa liter tapi sangat banyak diantara pukul 12 hingga 2ptg)

balik dari sesi membersihkan kelab, aku berjumpa client plak. ahh!! makan lagi! fast food plak tu.aduhai..so menu seperti berikut.

500ml mineral water
burger fish apa benda ntah.
300ml root beer
fries

dah jumpa client pegi plak window shopping dengan harapan boleh burn apa yang dimakan, memang boleh burn tapi sangat tak banyak! then pulang ke rumah. ada plak pizza.alahai...

untuk makan malam seperti berikut:-
2 keping pizza,
sekeping garlic bread.
air kosong 

sangat tak sihat menu aku hari ini. aku dengan makanan memang sukar di pisahkan. aku seorang tukang masak, untuk mengelak makanan sangat mustahil. tapi kalau ikut aku yang dulu lagi banyak aku makan. double of all the above portion and nescafe its a must!setiap meal dan coffee break. ;) so i do it slow..step by step.. little change each day :) 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...