Saturday, November 10, 2012

Apabila sabtu menjelma lagi..

Hai!

Sabtu datang lagi..Alhamdulillah..harini aktiviti aku hanyalah menjadi driver membawa birthday girl berjalan. sebelum memulakan hari awal-awal pagi dah breakfast. kantoi lagi breakfast aku. kalau duduk rumah sememangnya tak pernah nak ikut plan pemakanan yang ditetapkan..haish! so breakfast aku seperti berikut

500ml air kosong + 1 cap aloe concentrate
500ml air suam + 1 tspn teamix
dan..sebungkus nasi lemak (lagi! T__T)

kemudian aku bersiap untuk ke HQ, beli stok kelab dan rumah. sampai ke sana, place order then tunggu produk.Alhamdulillah tak sampai sejam semua selesai. lokasi seterusnya Plaza Low Yat. kononya nak mencari kabel papago.kabel papago dapat pakai sekali je.lepastu dah kaput. bila pergi check di Low Yat semuanya stok cap ayam.last-last cancel..tak jadi beli. dah lapar aku pergi pula ke Old Town White Coffee untuk lunch.

aku tak order makan sebab masih kenyang. hanya order hazelnut white coffee dan merasa steam rice with chicken ginger and mushroom. dan plain water 2 gelas.


kemudian aku berjalan ke Time Square. mendapat idea gila kononnya esok nak pergi berenang. maka bersemangat mencari baju renang.tapi tak jumpa disana. maka aku balik ke rumah.on the way singgah ke Tesco Extra..mencari apa-apa tshirt @ seluar dari lycra.malangnya tak jumpa. at the end singgah ke Selayang Mall.kat situ memang ada swimming attire.perh! harga sekarang jauh berbeza dengan dulu. tutup mata rembat lah satu baju swimming. nak beli burqini budget lari plak. insyaAllah next time.

then ingatkan dah tamat sesi membeli belah.rupanya belum.celebration adik aku belum dibuat. maka lepas magrib sekali lagi pergi ke Selayang Mall.dia berkenan plak surf shirt yang aku beli siang tadi. bodek punya bodek dapat la dia satu as a birthday present. then final celebration makan dekat Station Kopitiam je. and dinner aku ialah jasmine honey tea dan fish and chips.


maka selesailah hari aku bersama keluarga. esok kononnya nak pergi swimming..lokasi kolam renang kelana jaya. harapnya dapat la bangun awal..ha ha kepada adik aku..selamat ulang tahun kelahiran yang ke 24thn!  may all your wishes and dreams come true!



ok bai!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...