Monday, November 12, 2012

Cabaran Isnin..

Hai!

sakit semalam tak hilang lagi.tapi tugas mesti dijalankan.seperti biasa rutin pagi ke kelab nutrisi. dan bila di kelab breakfast aku pun seperti biasa nutrisi 123

500ml plain water + 2caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 2tbsp F3 + 3tbsp F1 chocolate
plain water

harini tak ramai kat kelab.mungkin ramai yang dah balik kampung.almaklum la esok dah cuti. kemudian tengahari balik rumah untuk lunch.mak masak apa pun sedap. hari nih lunch seperti berikut

2 senduk nasi putih
3 ketul ikan tengiri asam pedas.
air kosong

berulang aku makan lauk.ha ha. then dalam pukul 4 lebih aku rasa lapar.alahai..tekak terasa nak makan benda goreng.last week teringat rakan kelab ada bagi keropok ikan dari terengganu.maka goreng la aku kerepok cicah dengan sos cili lingam.

waktu petang dapat panggilan telefon, kelab banjir lagi.alahai..kononnya malam nak buka langsung tergendala.maka aku pergi ke kelab sekadar untuk membersihkan kelab. mop, menyapu, mop dan mop. dah lah sengal tangan berenang tak hilang, ditambah plak memerah mop makin menjadi-jadi rasanya sakit. lepas isyak selesai membersihkan kelab dan pulang.

cadangnya memang nak minum shake tetapi lapar sampai tahap mengigil maka mengulang lagi ikan asam pedas.so dinner aku sekali lagi macam lunch aku.

1 senduk nasi putih
2 ketul ikan tengiri asam pedas
500ml teamix

kalau orang tengok menu aku mesti orang mengata macamana nak kurus?makan merapu! u see..sebelum nih memang aku makan lagi merapu.aku sangat suka fast food, benda bergoreng especially keropok lekor,
nescafe..tapi untuk mencapai ideal weight aku kena kurangkan. tapi takde lah mendadak aku tolak semua.perlahan-lahan aku menjarakkan pengambilan. sebagai contoh, aku memang suka keropok lekor.dekat kelab nih ada satu makcik jual memang sedap. at 1 point memang hari-hari aku beli. tapi berat aku tak kemana. peratusan lemak bertambah.maka aku menjarakkan pengambilan bermula seminggu sekali, seterusnya 2 minggu sekali..sekarang ntah berapa bulan aku dah jarak kan. 

dan aku belek menu aku, memang aku kurang makan sayur-sayuran.tak tau la mengapa. sayur mentah memang aku kurang sikit.kalau makan mesti aku letak white pepper atau pun sedikit  mayonaise. masih dalam usaha untuk menambahkan sayur dalam makanan harian. well that's it for today!

bai!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...