Saturday, November 3, 2012

Saturday Caturday!

Hai!



hari sabtu kembali lagi! aktiviti harini pergi menghantar anak-anak bulu ke vet, menghantar servis en.waja dan malam ada ceramah agama. so as usual pagi ku dimulakan dengan nutrisi 123

air kosong
500ml cold water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn tea mix
500ml cold water + 1 heaping spoon F3 + 3flat scoop F1 cappucino
air kosong


selepas itu aku terus membawa kucing-kucing aku ke vet untuk devaksin, dinyah cacing, dan normal check-up. yep i'm a cat person. nanti rajin aku story pasal diaorang. selesai sudah di vet dah waktu tengahari.memang lapar sangat time tu. so pulang ke rumah dan makan. lunch aku seperti berikut..

sesenduk nasi
ayam merah
salad mentah
air kosong

lepas dah makan terasa teramat lah mengantuknya. terus terlelap.sila jangan tiru ini ya! sungguh tidak sihat untuk kesihatan! before asar dah bangun sebab nak bersiap-siap ke cheras.ada  kuliah agama. bila dah kuliah agama yang aku selalu hadiri ni makan yang disediakan sangat mewah. kerana penceramah jemputan kebiasaannya dari negara arab.maka lauk pauk pun mewah!

menu tadi adalah, sup tulang, nasi minyak, dalca sayur, jelatah, rendang daging minang, kuah asam, kurma daging. dessert pula pudding, bermacam-macam apam dan tembikai.


tuhan sajalah yang tahu sungguh aku meng-control nafsu dari makan semua itu.sudahnya kerana nak menjaga hati tuan rumah, makan malam aku seperti berikut

2 ketul apam
1 pudding
1 pinggan tembikai
seketul daging rendang
sesudu dalca( without kuah) dan jelatah
nasi pula sesenduk (di kongsi bersama adik)

aarghh!!banyak betul makan! budaya kita, kalau kita tak makan selagi tu kita dipaksa makan.ha ha alasan! hari sabtu untuk aku memang susah untuk aku elak dari makanan. tambah lagi lepas-lepas nih dah mula cuti sekolah.kenduri setiap minggu! hu hu hu semoga berjaya keatas aku mengawal nafsu untuk minggu- minggu akan datang.

#notakaki: setiap hari air kosong yang aku minum memang melebihi 3liter. tip untuk mulakan minum air 250ml setiap 1 jam. maka nanti dalam tempoh 8pagi hingga 8 malam korang dah berjaya minum  3 liter.semoga berjaya!

bai!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...