Sunday, November 11, 2012

Swimming Day!

Hai!

seperti yang di planning semalam harini punya la bersemangat nak pergi swimming! agak lama aku meninggalkan aktiviti renang nih.last masa zaman universiti rasanya.time tu murah je.tiap kali masuk rm1. lepas subuh dah tak boleh tido punyala excited! sebelum gerak seperti biasa breakfast dulu. since produk dah refill..maka breakfast aku seperti berikut

500ml plain water + 1 cap aloe concentrate
500ml cold water + 1 tbsp F3 + 3 tbsp F1 chocolate

teamix aku tak minum.just masuk dalam 1 liter bottle bawa ke kolam renang. dalam 8.15 pagi, geraklah kami adik beradik ke kolam renang kelana jaya. sampai disana dalam pukul 8.40 pagi. kecewa sungguh bila lihat pusat renang tutup kerana renowation. alahai...adik aku suka pergi sana sebab orang tak ramai waktu pagi.boleh la kami adik beradik buat macam kolam sendiri.ha ha. kolam renang kelana jaya di jangka buka semula pada bulan Disember.

disebabkan semangat berkobar-kobar kami bertukar lokasi.teringat di Selayang ada satu kolam renang.google on the phone and tawakal pegi.kalau buka Alhamdulillah. setibanya disana..dah nampak kelibat budak-budak kecil dengan pelampung.wee!!sukanya hati kolam renang buka! bayaran masuk pada hujung minggu rm5.

maka mula la aktiviti kuak lentang kami adik beradik.ha ha..beberapa kali juga cramp nak menghabiskan pusingan dalam kolam. selebihnya hanya berenang setengah jalan sahaja. pukul 11.30 kami bersiap untuk pulang.


selesai berenang terasa letih teramat sangat.drive balik pun rasa nak tido je. setiba dirumah memang cari bantal dulu..taknak makan. sebab kononnya taknak tido selepas makan. maka lepas zohor tido dulu.memang tak sedar diri penat.hihihi

then dalam pukul 5.30 baru makan.tu pun tak banyak. hanya sesenduk nasi, sambal sotong dan kuah tomyam sahaja.isinya dah tiada. petang hanya duduk dirumah.penat masih terasa.tangan dan betis masih terasa sakit sebab cramp.

malam pula pukul 9 lebih baru terasa lapar.maka dinner aku malam nih aku buat nutrisi sahaja. taknak makan heavy sebab memang nak tido kejap lagi. maka dinner aku seperti berikut:

500ml plain water + 2 caps aloe concentrate
500ml warm water + 1tspn teamix
500ml cold water + 2tbsp F3 + 3tbsp F1 chocolate

alhamdulillah kenyang..sementara update ni pun dan mengantok.lepas nih dah boleh tido. hihi.. sekian aktiviti harini. semoga next week dapat la aku pergi swimming lagi.

ok bai!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...