Saturday, December 8, 2012

i've been side-track! oh! durian crepe!

Hi!

maaf lama menyepi. bukan menyepi takde kerja, menyepi sebab sibuk. konon journal online langsung tak dihapdate! GAGAL sudah plan 30 hari yang pertama! -_-' takpe! boleh bermula semula. cuba lagi sekali.gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.. tak gitu??

dimulakan sekali lagi..alkisah semalam keluarga aku request durian crepe. aku memang bukan peminat raja buah. maka aku tak faham apekah yang mereka gilakan sangat dessert ini. tapi kerana telah direquest aku buatkan juga.

maka bermula lah aku bergelumang dengan durian.oh! memang aku kurang gemar bau dia. yang peliknya tempoyak ngan kuah durian aku makan.haha. maka hari ini aku nak test boleh ke tak aku makan.


isi dia memang cantik. pandai abah beli. mummy siap masak pulut nak makan dengan durian. erk! tak tau la aku camne selera diaorang. durian ni kemudiannya aku buang bijinya. jadi la seperti gambar berikut...


sementara menunggu nak buat kulitnya, aku sejukan dulu..siap wrapping. kalau tau mau tak sempat nak buat!. kulit crepe ni aku cari resepi yang paling ringkas. malas nak buat yang sampai 7 jenis tepung. resepi boleh amik DISINI. bila dah siap kulitnya begini la lebih kurang rupanya..


nampak macam nipis kan?tapi sebenarnya masih tebal. kena praktis bagi lagi nipis. seeloknya buat besar dan nipis.senang lipat. cam aku buat nih kecit je..maka nak melipatnya parah la jugak.comot jadinya. haha. and last but not least the finishing product..


kurang berseni betul! takpe!janji rasa sedap! Alhamdulillah rasa memang sedap! aku yang tak makan durian ni pun rasa sedikit, memang sedap! pertamanya memang durian yang dibeli fresh! itu yang main actor nya. kalau durian tak fresh, tawar dah nak menjadi tempoyak memang tak sedap lah. tak gitu?  dan isi dalamnya seperti berikut..


bila sejuk betul-betul baru sedap! merasa lah aku sebiji. dan aku rasa tak sedap badan. oh! ingatkan badan boleh terima durian rupanya tidak. nasib lah ada Herbalife. so cool down my tummy, headache dengan aloe concentrate dan light teamix. harapnya cepatlah hilang uncomfortable feeling nih.serba tak kena semuanya.

ok bai!

P/S: for those yang tak makan durian, tapi terasa nak try..sila pastikan anda di tempat yang ada toilet. ;) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...