Sunday, September 22, 2013

serendipity and me..



yuuhuuu anybody home?? ngee~~ ok mmg dah agak lama dah bersawang blog ni.huhu.maklumlah teramat busy. sebenarnya aku baru je lepas tengok cite serendipity. tetiba dtg rajin nak berblog. citer nih sangat memberi impak kat aku.tengok lah 40 kali pun confirm nanges jugak! haha

bila di ingat balik pertemuan dengan encik bodyguard memang tak dirancang.kekonon cam serendipity laa haahaa :p pertama kali jumpa dalam chatroom. yep suatu ketika dahulu aku agak suka membuang masa di YM.haha.so i just leave my number than that's it. never heard from him. then out of blue few month later dia call. hampir terlupa sapa. then dia hilang semula.

then my mum admitted to hkl... dan dia call. mcm tau2 je i need somebody to talk too. i was complaining im hungry.haha.dan dia datang bawak nasi ayam dara. itulah kali pertama jumpa encik bodyguard. he was nice.pemalu.never look me into the eyes. but curi2 glance bila tak dilihat. look for something, find something else. aku mencari makan dapat plak jumpa kawan.haha.

banyak sangat situasi menemukan kitaorg secara tak sengaja. time aku gi cameron highland company trip. bole jumpa dia kat air terjun kat cameron tu.dia ride ngan kengkawan. then aku dah turun berenti kat ulu bernam, jumpa lagi.

so many coincidence...dalam masa yang sama,tetap terluka. setahun lebih terpisah. then we end up meeting up again. aku harap ianya jodoh, but who knows..anything can happen kan?? :D so just keep on sending positive, good thought to universe and lets hope it will come back and find you. ;) nite nite.


Friday, September 6, 2013

Misteri kehilangan encik bodyguard


2- 3 minggu ni memang emo tak sudah.kenapakah? sebab encik bodyguard MIA. agak stress la jugak memikirkan mana dia pegi. call x angkat, sms tak berjawab. segala macam cara untuk dihubungi lah dah try.antar surat guna posmen je belum.

then, semalam baru dia reply. 'syg sabar ya' tu je msg dia.hee!!lagik la stress haku! dah ligat da la pale fikir macam2. dah la masa diam 3 minggu aku dah fikir mcm2 dia eksiden la, dah kawin lari la..macam2 lah...tapi nak sedapkan hati bersangka baik lah..phone masuk lubang jamban kot.

pastu semalam dia hantar msg mcm tu 'sabar ya syg' dah la dalam kitchen.berkaca da mata.dalam hati dah agak..hmm 'confirm breakup' habis la student aku sume jadi mangsa kan kena marah. then aku tanya 'kenapa?' lama sangat baru dia reply... hantar gambar..dah berbesi atas katil x sedar diri.

ya Allah...selama 3 minggu senyap rupanya dia eksiden. terlantar. langsung tak tahu.nak menangis x pyh cakap la, tapi memandangkan dalam kelas, ku tahan sahaja. terasa terkilan sangat sebab tak tahu. tu lah masalah bila perhubungan dirahsiakan dari semua. hanya kami berdua dan few of my friends yang tahu. kenapa jadi mcm tu? hmm panjang cerita. tak payah tahu.

sekarang dah pulang ke rumah, 2 bulan lagi baru boleh gerak, sebab ade part di bahagian belakang yang patah. :'( 2 bulan lagi lah baru boleh berjumpa. :( apa pun i wish u speedy recovery. seriously i miss you. :'(


Friday, August 23, 2013

Standard Recipe Bebudak

Good Morning!
Haaa!! dah bersarang blog ni.kemaafan kebusyan kemelampauan kebatasan! pagi ni bangun tetiba dapat idea yang sangat bernas untuk memudahkan kerja para studentku yang teramat la disayangi (sayang la sangat kaann..) so i've decided to compile all recipes here. bernas??sangat!

Cite dia camni, aku bagi diaorang assignment which is to compile all recipes. tapi malang bebudak ni nak spoon feed memanjang. sangat few yang menyalin resepi. ikutkan hati memang malas nak menyusahkan diri, tapi on the bright side, i myself can easily access the recipes in case pendrive amad curi ke, bella bawak lari ke kan. so alang2 nak memudahkan diri sendiri, aku showoff la blog haku nih. damn!pasni tak boleh la nak merapu sakan kan..kang tak pasal-pasal kena report plak kat HOD. ngee~~

so caranya senang je..click je kat link Standard recipe diatas, then pilihla resepi mane yang anda berkenan, pastu boleh la printout ke hape..risau tak jadik?no worries all this recipe were tested by my student, and monitored by me. resepi nih pon aku yang cari..so kalau tak jadik tu korang la kot salah bancuh. :p

so enjoy! and oh yes!!sila bagi feedback ye..mekasih! :D

Saturday, July 20, 2013

Satu post hilang!!

Hai!!




baru ade masa nak menjengah blog sendiri.apekah?!! ok tak nak cerita pepanjang. last week aku ada buat posting thru blogger android. punye lah bersungguh download sebab konon nak keep up to date paling ayam seminggu satu post! jap lagi dah mengarang sakan baru aku sedar post tu tak publish. apa masalah ntah lah.sudahnya aku aku delete semula application tu.pfft!




semenjak 2 menjak nih memang bz habes!nak kena mengajar, nak kena entertain customer/ potential biz partner, ntah macam2 benda. next week DCA (diploma in culinary arts) buat program jom masak bubur lambuk.kebetulan yang lecturer JPK buat majlis buka puasa bersama student, yang unit kaunseling pula jemput anak2 yatim.hmm..so combine la 3 acara pada 1 masa. semoga next week tak fengsan nak menolong dah la lepas kelas kitchen plak tu. haha ujian multi tasking buat aku.



ape pon nak wish jugak walaupun terlambat!haha! selamat menunaikan ibadah puasa, jangan over mentekedarah plak time berbuka. kalau rasa nak cari nutrisi sihat Herbalife boleh lah email atau comment ye..insyaAllah aku balas. ;)

kbai!

Thursday, July 4, 2013

Kemana menghilang???



Lama gila tak menjengah blog sendiri.huhuhu! kenapakah? honestly 3 bulan yang lepas memang sangat sibuk. Sibuk dengan urusan diri sendiri yang sentiasa bermasalah.haha! takdelah tipu saje.I'm living a good life.Alhamdulillah.

so apekah yang daku buat beberapa bulan lepas? so many things. tapi yang paling change 360 degree is..i involved myself in education line. yep!u read it right. dari zaman sekolah dulu memang bercita-cita nak jadi cikgu. tapi mcm tak tau ape yang sesuai.diaorg soh masuk kpli la, amik education lah..mcm2. tapi semua tak kesampaian. Almaklumlah aku ni dah malas untuk sambung belajar. buat masa ini.huhu! (ya saya mengaku!)

kerana kegilaan aku meng-apply sana sini untuk position part-time lecturer tersangkut lah satu.maka bermula lah kerjaya sebagai lecturer di sebuah kolej swasta yang tak berapa nak glemer. mcmana business?? well masih jalan tapi slow sedikit.masih teruja dengan kerja baru. setakat ini takde subject teori.semua hands-on. Penat la sedikit but hey!im enjoy every moment of it!

lepas nih korang akan baca banyak benda regarding benda aku mengajar.hahaha!tu pon kalau rajin menghapdate! so many things to write to share tapi kerja pon sama banyak.endingnya pending je..hihi..there goes my short update. nak sambung buat report plak. XD

Tuesday, March 26, 2013

Travel : Alor Setar Kedah

Jumaat lepas aku sekeluarga decide untuk pergi bercuti. since sepupu ada majlis akad nikah di Kedah, maka kami sekeluarga pun join sekaki pegi menghantar. lokasi kami Alor Setar Kedah. kami menginap di Holiday Villa.review boleh klik SINI.

Day 1:
Setibanya kami disana, lepas check in, solat terus keluar cari makan. niat dihati nak makan seafood, kami pegi dalam jam 5ptg.sah-sah semua kedai seafood tak buka lagi :p maka kami pergi lah ke jeti kuala kedah.


Pusing la kami kat situ mencari kedai makan..alahai..sepanjang jalan tu beberapa kali kereta di ketuk penuggang motosikal. mereka bertanyakan nak pegi langkawi tak? haih..rimas juga dibuatnya setiap beberapa meter tingkap kereta diketuk. sudahnya kami end-up di medan selera jeti kuala kedah.. tak banyak pilihan makan.nak tak nak terpaksa lah makan nak isi perut.


makan lah kami di kedai kak som nih.makanan not bad. kena dengan selera aku. pedas nasi goreng belacan dia. harga pula berpatutan lah. cuma kebersihan tu..biasa lah dekat dengan laut kan..lepas dah mengtekedarah kitaorg pon balik ke hotel, rest.mummy ngan abah meneruskan misi mencari makan.haha

Day 2:
Pagi lagi dah keluar pegi ke masjid Zahir, sepupu nikah disitu. aku kagum dengan senibina masjid itu.sangat cantik! senibina lama ku rasa tapi dibela.


selepas majlis akad nikah, kami ke rumah pengantin perempuan untuk kenduri.lepas makan pulang semula ke hotel. niaat dihati nak pegi try spa jap lagi kena buat appointment. ade kekosongan tapi tak tally dengan time aku.sudahnya mandi pool je. then petang lepas solat kami meneruskan misi mencari restoran seafood. kami berhenti solat di Masjid Tunku Abdul Rahman Putera. then gerak lah kami ke restoran Idaman Kuala.



malam tu orang agak ramai.almaklumlah cuti sekolah. order kami pun ada yang tak sampai.disebabkan malas nak menunggu kami cancel sahaja. lepas makan kami pulang ke bilik dan terus terbungkang.hazabnye makan banyak..huhu..


Day 3:
hari terakhir di kedah. kami mulakan journey pagi ke Tanjung Pauh, Jitra untuk melawat makam Sheikh Abdul Jalil. Kisah beliau ada tercatat di makam tersebut. then selesai melawat, kami pulang ke bandar untuk checkout.sblm tu sempat juga singgah di Pekan Rabu.

 
pada aku tiada apa yang menarik untuk dibeli.harga lebih kurang macam di Kuala Lumpur. sudahnya pulang ke bilik siap-siap untuk checkout. jam 11.30 kami bergerak semula ke KL. perh! jalan hazab!!jammed ok?? 

overall di alor setar tak banyak tempat untuk dilawati.unless memang berniat untuk pergi langkawi. :) so where is my next stop will be??tbc..


Hotel Review: Holiday Villa Alor Setar

Hai!!

Jumaat lepas aku sekeluarga decide nak pegi bercuti. kebetulan pula sepupu kawin, kami redah je lah pergi ke alor setar. maka kami pilih untuk menginap di Holiday Villa. booking dibuat awal, so kami dapat rate murah.



masa kecik-kecik memang selalu menginap disini. tiada apa perubahan pun since aku datang dulu. bilik pun tak banyak berubah. dulu ada comforter sekarang ada bed runner. :p amenities pun macam tu. hanya ada sabun, shampu dan bath foam. sila bawa berus gigi sendiri ok?


Holiday Villa Alor Setar juga ada dioarang punya signature spa, Amoaras Spa. aku try walk in, tak dapat. so memang kena buat appointment. disebabkan time aku tak tally dengan waktu diaorang, tak jadi lah aku nak try memanjakan diri. mungkin kalau bertuah time takde orang maybe mereka layan.haha.price bermula dari rm28++ sampai rm280++ since tak dapat nak try signature spa diaorang aku pun pakat ngan adik-adik pegi berendam di pool diorang.


Diingatkan di situ tiada lifeguard, pelampung atau sebarang alat keselamatan ye..so kalau bercadang bawak anak-anak pastikan ada orang dewasa. kedalaman pool hanya 4 feet. time kami sampai memang takde orang.maka kami buat macam pool abah kami. haha.

buffet plak tiada apa yang menarik.normal breakfast i guess, limited menu.cereals, nasi lemak, porridge, sausage..normal stuff.. ah..lupa mereka served homemade yogurt ok?

overall stay kat sana ok. senang nak bergerak dalam town.dekat untuk pegi pekan rabu.walking distance. yang tak best parking dia sempit. terpaksa park bersepah depan hotel.kalau kena saman sendiri tanggung ye.. nak park di plaza mall sebelah tu banyak rekahan dan runtuhan. tak berapa nak selamat. rasanya..atau memang mereka dalam proses untuk demolished tak plak aku ketahui.

so next stop??where shall i go??

Holiday Villa Alor Setar,
Lot 162,162 Jalan Tunku Ibrahim,
05000 Alor Setar, Malaysia.
Tel: 04-7349999

Wednesday, March 20, 2013

aku suka sushi: Sushi Tei @ Tropicana City Mall

holla!!
lama aku menyepi. kemalasan, kesibukan melanda. maaf. harini aku nak cerita pasal satu tempat makan ni. ya! aku obses sedikit dengan makanan jepun. kena je dengan selera tekak aku ni.maka siang tadi out of blue partner in crime wassap ajak pegi makan sushi. aku pun on je lah..memang kemaruk 2 3 hari nak makan.tapi takde geng.

maka setelah pickup my friend,kitaorg pun bergerak menuju ke Tropicana City Mall. malas nak pegi jauh-jauh.tak sanggup berhadapan dengan jammed tahap dewa raksasa di kuala lumpur. maka kami end-up di Sushi Tei.


first impression.memang cozy tempat dia. staff pun friendly, walaupun staff dia bukan orang tempatan. aku prefer amik set dari mkn ala-carte ni. sebab sememangnya aku tak reti makan banyak-banyak item dalam satu masa. so kalau ajak aku pegi makan buffet memang rugi.haha. maka aku amik set chicken katsudon. kawan aku amek beef amende ntah. dan add lagi few item yang aku tak terfikir nak tulis nama makanan tersebut.


overall makanan dia sedap. dari segi harga agak tinggi berbanding sushi king. apa pun berbaloi dengan portion dia. :)  tapi di ingatkan hanya makanan sahaja boleh take-away. drinks tak boleh ye.. :D

Sushi Tei
Lot G-16, Ground Floor
Tropicana City Mall
3, Jalan SS20/27
47400 Petaling Jaya
GPS: 3.130757,101.626421
Tel:03-7728 4299

Saturday, March 2, 2013

Part 1 : Si Megat..

Hai.. harini nak berkongsi cerita tentang seekor anak kucing yang aku bagi nama Megat. handsome kan nama??haha nak tau sapa??baca sampai habis ok??

1 MAC 2013 jam 10.20mlm
seperti biasa aku kemas-kemas kelab nak pulang ke rumah.maka order satar kat kedai sebelah.haish..tak boleh tahan bau dia..mengoda. aku order 1 je..diet la kononnya. lepas dah order aku pun start la jalan kereta.

10.35mlm
setiba di traffic light masjid saidina hamzah mak aku dapat called. line kurang jelas yang kedengaran ' kucing...dah nak mati...langgar' aku dah seriau dengar..chilli aku ke kena langgar?baru je aku bg makan ngan ibu kat belakang kelab..isk..tak puas hati..aku suruh mummy call balik, kita pegi tengok. tiba di blok E, ternyata bukan chilli mahu pun mama atau ibu ( strays bawah jagaan aku di kelab) tapi anak kucing lain. Ya Allah..azabnya aku tengok. takpe..tak fikir panjang, aku ambil bungkus dlm kertas surat khabar dan letak dalam plastik.. baunya hazab sungguh..

tak fikir panjang aku terus bawak pegi ke petshop yang hanya beberapa pintu dari kelab.nasib kak gee masih ada..panggil dan tanya apa yang patut dibuat. bawah dagu kulitnya semua dah mati dan berulat. baunya tak payah cerita. kak gee cakap, bagi minum air, sapu gel gamat sementara nak tunggu bawa vet esok. dia siap bagi ubat tahan sakit..dengan muka tak malu, aku pinjam kak dc punya carrier dan gel gamat. sesungguhnya memang aku tak ready carrier ke apa dalam kereta. aku ckp kat megat, tahan ye..esok kita jumpa doktor. dia seolah-olah paham.diam dan tido.

11.30mlm
aku force dia minum pakai picagari. meleleh je keluar..tapi menjilat dgn lemah. lagi sekali aku ckp, sabar ya esok kita jumpa doktor. memang tak tido lena aku malam tu..sekejap-sekejap tengok dia.hidup lagi ke? bila aku panggil miau..ada sahutan.. cuba lagi bagi air, lemah je dia. belai-belai dia dan selawat..sekali lagi aku ckp 'tahan ya..esok kita jumpa doktor, minum air sikit ok?' mcm orang tak betul pula duduk di garage pepagi buta..

aku doakan semoga megat dapat tahan, maaf megat kakak tak bawa megat masuk rumah, kakak risau megat jadi bahan mainan amad, miminx dan puupuu.. Tahan ya megat!



Tuesday, February 19, 2013

makaroni dan keju orang bujang!

Hai!

tetiba 2,3 menjak nih rajin pula nak meng'test' resepi. lunch harini tekak terasa nak makan mac and cheese.maka pegi lah selongkar peti ais tengok apa yang ada. haih..hampir kosong peti air.haha.(nampak sangat malas masak!) aku buat senang saja.resepi orang bujang, pantas lagi sedap.(cheaa..puji diri sendiri)

maka kat sini aku nak share cara2 nak buat mac and cheese mudah.aku tau ramai yang malas nak bakar-bakar ni.. jom tengok apa bahan yang di perlukan.



Bahan-bahan:

1 pek elbow pasta ( tak kisah nak elbow ke, penne ke, fusilli ke,farfalle ke)
2 tin sup cendawan (boleh juga pakai sup ayam)
sebiji bawang shallot (atau lebih ikut citarasa masing-masing)
beberapa ulas bawang putih di cincang 
sebatang lobak merah (atau lebih)
cili padi ( ikut citarasa, taknak letak pon boleh.aku hantu pedas XD )
1 tin cedawan butang ( lebih pon boleh)
lada hitam tumbuk secukup rasa
garam secukup rasa (aku tak pakai garam sebab aku kurang masin :) )
1 mangkuk keju cheddar parut atau lebih (yang aku punya aku pakai yang pizza punya, gabungan cheddar, mozarella)

kalau korang rajin boleh tambah broccoli, ayam , sausage, beef peperoni. aku tak letak sebab takde benda-benda tu semua.haha kalau ada memang aku letak.

now cara-cara dia..
1.rebus pasta siap-siap,toskan then letak tepi.
2. tumis bawang,bawang putih dan cili padi sampai naik bau.
3. kemudian tuangkan sup cendawan. aku ikut sukatan yang macam kat tin tu. 1:1. kalau korang nak best lagi boleh pakai susu segar.
4. masukan lobak dan cendawan.kacau sebati.
4. kemudian bila sup tu dah masak, masukan pasta yang sudah direbus. kacau sehingga sebati.
5. lepas tu masukkan keju yang diparut. gaul sehingga sebati. yang ni ikut citarasa nak banyak mana.kalau nak bertali-tali keju tu letak la banyak lagi.
6.yang terakhir masukan lada dan garam.ini terpulang ikut citarasa masing-masing. aku bukan pemasin jadi aku tak letak garam. kalau pakai cheddar cheese sahaja pun dan cukup masin.

SIAP!!


selamat mencuba! bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...