Tuesday, February 19, 2013

makaroni dan keju orang bujang!

Hai!

tetiba 2,3 menjak nih rajin pula nak meng'test' resepi. lunch harini tekak terasa nak makan mac and cheese.maka pegi lah selongkar peti ais tengok apa yang ada. haih..hampir kosong peti air.haha.(nampak sangat malas masak!) aku buat senang saja.resepi orang bujang, pantas lagi sedap.(cheaa..puji diri sendiri)

maka kat sini aku nak share cara2 nak buat mac and cheese mudah.aku tau ramai yang malas nak bakar-bakar ni.. jom tengok apa bahan yang di perlukan.



Bahan-bahan:

1 pek elbow pasta ( tak kisah nak elbow ke, penne ke, fusilli ke,farfalle ke)
2 tin sup cendawan (boleh juga pakai sup ayam)
sebiji bawang shallot (atau lebih ikut citarasa masing-masing)
beberapa ulas bawang putih di cincang 
sebatang lobak merah (atau lebih)
cili padi ( ikut citarasa, taknak letak pon boleh.aku hantu pedas XD )
1 tin cedawan butang ( lebih pon boleh)
lada hitam tumbuk secukup rasa
garam secukup rasa (aku tak pakai garam sebab aku kurang masin :) )
1 mangkuk keju cheddar parut atau lebih (yang aku punya aku pakai yang pizza punya, gabungan cheddar, mozarella)

kalau korang rajin boleh tambah broccoli, ayam , sausage, beef peperoni. aku tak letak sebab takde benda-benda tu semua.haha kalau ada memang aku letak.

now cara-cara dia..
1.rebus pasta siap-siap,toskan then letak tepi.
2. tumis bawang,bawang putih dan cili padi sampai naik bau.
3. kemudian tuangkan sup cendawan. aku ikut sukatan yang macam kat tin tu. 1:1. kalau korang nak best lagi boleh pakai susu segar.
4. masukan lobak dan cendawan.kacau sebati.
4. kemudian bila sup tu dah masak, masukan pasta yang sudah direbus. kacau sehingga sebati.
5. lepas tu masukkan keju yang diparut. gaul sehingga sebati. yang ni ikut citarasa nak banyak mana.kalau nak bertali-tali keju tu letak la banyak lagi.
6.yang terakhir masukan lada dan garam.ini terpulang ikut citarasa masing-masing. aku bukan pemasin jadi aku tak letak garam. kalau pakai cheddar cheese sahaja pun dan cukup masin.

SIAP!!


selamat mencuba! bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...