Tuesday, March 26, 2013

Travel : Alor Setar Kedah

Jumaat lepas aku sekeluarga decide untuk pergi bercuti. since sepupu ada majlis akad nikah di Kedah, maka kami sekeluarga pun join sekaki pegi menghantar. lokasi kami Alor Setar Kedah. kami menginap di Holiday Villa.review boleh klik SINI.

Day 1:
Setibanya kami disana, lepas check in, solat terus keluar cari makan. niat dihati nak makan seafood, kami pegi dalam jam 5ptg.sah-sah semua kedai seafood tak buka lagi :p maka kami pergi lah ke jeti kuala kedah.


Pusing la kami kat situ mencari kedai makan..alahai..sepanjang jalan tu beberapa kali kereta di ketuk penuggang motosikal. mereka bertanyakan nak pegi langkawi tak? haih..rimas juga dibuatnya setiap beberapa meter tingkap kereta diketuk. sudahnya kami end-up di medan selera jeti kuala kedah.. tak banyak pilihan makan.nak tak nak terpaksa lah makan nak isi perut.


makan lah kami di kedai kak som nih.makanan not bad. kena dengan selera aku. pedas nasi goreng belacan dia. harga pula berpatutan lah. cuma kebersihan tu..biasa lah dekat dengan laut kan..lepas dah mengtekedarah kitaorg pon balik ke hotel, rest.mummy ngan abah meneruskan misi mencari makan.haha

Day 2:
Pagi lagi dah keluar pegi ke masjid Zahir, sepupu nikah disitu. aku kagum dengan senibina masjid itu.sangat cantik! senibina lama ku rasa tapi dibela.


selepas majlis akad nikah, kami ke rumah pengantin perempuan untuk kenduri.lepas makan pulang semula ke hotel. niaat dihati nak pegi try spa jap lagi kena buat appointment. ade kekosongan tapi tak tally dengan time aku.sudahnya mandi pool je. then petang lepas solat kami meneruskan misi mencari restoran seafood. kami berhenti solat di Masjid Tunku Abdul Rahman Putera. then gerak lah kami ke restoran Idaman Kuala.



malam tu orang agak ramai.almaklumlah cuti sekolah. order kami pun ada yang tak sampai.disebabkan malas nak menunggu kami cancel sahaja. lepas makan kami pulang ke bilik dan terus terbungkang.hazabnye makan banyak..huhu..


Day 3:
hari terakhir di kedah. kami mulakan journey pagi ke Tanjung Pauh, Jitra untuk melawat makam Sheikh Abdul Jalil. Kisah beliau ada tercatat di makam tersebut. then selesai melawat, kami pulang ke bandar untuk checkout.sblm tu sempat juga singgah di Pekan Rabu.

 
pada aku tiada apa yang menarik untuk dibeli.harga lebih kurang macam di Kuala Lumpur. sudahnya pulang ke bilik siap-siap untuk checkout. jam 11.30 kami bergerak semula ke KL. perh! jalan hazab!!jammed ok?? 

overall di alor setar tak banyak tempat untuk dilawati.unless memang berniat untuk pergi langkawi. :) so where is my next stop will be??tbc..


Hotel Review: Holiday Villa Alor Setar

Hai!!

Jumaat lepas aku sekeluarga decide nak pegi bercuti. kebetulan pula sepupu kawin, kami redah je lah pergi ke alor setar. maka kami pilih untuk menginap di Holiday Villa. booking dibuat awal, so kami dapat rate murah.



masa kecik-kecik memang selalu menginap disini. tiada apa perubahan pun since aku datang dulu. bilik pun tak banyak berubah. dulu ada comforter sekarang ada bed runner. :p amenities pun macam tu. hanya ada sabun, shampu dan bath foam. sila bawa berus gigi sendiri ok?


Holiday Villa Alor Setar juga ada dioarang punya signature spa, Amoaras Spa. aku try walk in, tak dapat. so memang kena buat appointment. disebabkan time aku tak tally dengan waktu diaorang, tak jadi lah aku nak try memanjakan diri. mungkin kalau bertuah time takde orang maybe mereka layan.haha.price bermula dari rm28++ sampai rm280++ since tak dapat nak try signature spa diaorang aku pun pakat ngan adik-adik pegi berendam di pool diorang.


Diingatkan di situ tiada lifeguard, pelampung atau sebarang alat keselamatan ye..so kalau bercadang bawak anak-anak pastikan ada orang dewasa. kedalaman pool hanya 4 feet. time kami sampai memang takde orang.maka kami buat macam pool abah kami. haha.

buffet plak tiada apa yang menarik.normal breakfast i guess, limited menu.cereals, nasi lemak, porridge, sausage..normal stuff.. ah..lupa mereka served homemade yogurt ok?

overall stay kat sana ok. senang nak bergerak dalam town.dekat untuk pegi pekan rabu.walking distance. yang tak best parking dia sempit. terpaksa park bersepah depan hotel.kalau kena saman sendiri tanggung ye.. nak park di plaza mall sebelah tu banyak rekahan dan runtuhan. tak berapa nak selamat. rasanya..atau memang mereka dalam proses untuk demolished tak plak aku ketahui.

so next stop??where shall i go??

Holiday Villa Alor Setar,
Lot 162,162 Jalan Tunku Ibrahim,
05000 Alor Setar, Malaysia.
Tel: 04-7349999

Wednesday, March 20, 2013

aku suka sushi: Sushi Tei @ Tropicana City Mall

holla!!
lama aku menyepi. kemalasan, kesibukan melanda. maaf. harini aku nak cerita pasal satu tempat makan ni. ya! aku obses sedikit dengan makanan jepun. kena je dengan selera tekak aku ni.maka siang tadi out of blue partner in crime wassap ajak pegi makan sushi. aku pun on je lah..memang kemaruk 2 3 hari nak makan.tapi takde geng.

maka setelah pickup my friend,kitaorg pun bergerak menuju ke Tropicana City Mall. malas nak pegi jauh-jauh.tak sanggup berhadapan dengan jammed tahap dewa raksasa di kuala lumpur. maka kami end-up di Sushi Tei.


first impression.memang cozy tempat dia. staff pun friendly, walaupun staff dia bukan orang tempatan. aku prefer amik set dari mkn ala-carte ni. sebab sememangnya aku tak reti makan banyak-banyak item dalam satu masa. so kalau ajak aku pegi makan buffet memang rugi.haha. maka aku amik set chicken katsudon. kawan aku amek beef amende ntah. dan add lagi few item yang aku tak terfikir nak tulis nama makanan tersebut.


overall makanan dia sedap. dari segi harga agak tinggi berbanding sushi king. apa pun berbaloi dengan portion dia. :)  tapi di ingatkan hanya makanan sahaja boleh take-away. drinks tak boleh ye.. :D

Sushi Tei
Lot G-16, Ground Floor
Tropicana City Mall
3, Jalan SS20/27
47400 Petaling Jaya
GPS: 3.130757,101.626421
Tel:03-7728 4299

Saturday, March 2, 2013

Part 1 : Si Megat..

Hai.. harini nak berkongsi cerita tentang seekor anak kucing yang aku bagi nama Megat. handsome kan nama??haha nak tau sapa??baca sampai habis ok??

1 MAC 2013 jam 10.20mlm
seperti biasa aku kemas-kemas kelab nak pulang ke rumah.maka order satar kat kedai sebelah.haish..tak boleh tahan bau dia..mengoda. aku order 1 je..diet la kononnya. lepas dah order aku pun start la jalan kereta.

10.35mlm
setiba di traffic light masjid saidina hamzah mak aku dapat called. line kurang jelas yang kedengaran ' kucing...dah nak mati...langgar' aku dah seriau dengar..chilli aku ke kena langgar?baru je aku bg makan ngan ibu kat belakang kelab..isk..tak puas hati..aku suruh mummy call balik, kita pegi tengok. tiba di blok E, ternyata bukan chilli mahu pun mama atau ibu ( strays bawah jagaan aku di kelab) tapi anak kucing lain. Ya Allah..azabnya aku tengok. takpe..tak fikir panjang, aku ambil bungkus dlm kertas surat khabar dan letak dalam plastik.. baunya hazab sungguh..

tak fikir panjang aku terus bawak pegi ke petshop yang hanya beberapa pintu dari kelab.nasib kak gee masih ada..panggil dan tanya apa yang patut dibuat. bawah dagu kulitnya semua dah mati dan berulat. baunya tak payah cerita. kak gee cakap, bagi minum air, sapu gel gamat sementara nak tunggu bawa vet esok. dia siap bagi ubat tahan sakit..dengan muka tak malu, aku pinjam kak dc punya carrier dan gel gamat. sesungguhnya memang aku tak ready carrier ke apa dalam kereta. aku ckp kat megat, tahan ye..esok kita jumpa doktor. dia seolah-olah paham.diam dan tido.

11.30mlm
aku force dia minum pakai picagari. meleleh je keluar..tapi menjilat dgn lemah. lagi sekali aku ckp, sabar ya esok kita jumpa doktor. memang tak tido lena aku malam tu..sekejap-sekejap tengok dia.hidup lagi ke? bila aku panggil miau..ada sahutan.. cuba lagi bagi air, lemah je dia. belai-belai dia dan selawat..sekali lagi aku ckp 'tahan ya..esok kita jumpa doktor, minum air sikit ok?' mcm orang tak betul pula duduk di garage pepagi buta..

aku doakan semoga megat dapat tahan, maaf megat kakak tak bawa megat masuk rumah, kakak risau megat jadi bahan mainan amad, miminx dan puupuu.. Tahan ya megat!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...