Saturday, March 2, 2013

Part 1 : Si Megat..

Hai.. harini nak berkongsi cerita tentang seekor anak kucing yang aku bagi nama Megat. handsome kan nama??haha nak tau sapa??baca sampai habis ok??

1 MAC 2013 jam 10.20mlm
seperti biasa aku kemas-kemas kelab nak pulang ke rumah.maka order satar kat kedai sebelah.haish..tak boleh tahan bau dia..mengoda. aku order 1 je..diet la kononnya. lepas dah order aku pun start la jalan kereta.

10.35mlm
setiba di traffic light masjid saidina hamzah mak aku dapat called. line kurang jelas yang kedengaran ' kucing...dah nak mati...langgar' aku dah seriau dengar..chilli aku ke kena langgar?baru je aku bg makan ngan ibu kat belakang kelab..isk..tak puas hati..aku suruh mummy call balik, kita pegi tengok. tiba di blok E, ternyata bukan chilli mahu pun mama atau ibu ( strays bawah jagaan aku di kelab) tapi anak kucing lain. Ya Allah..azabnya aku tengok. takpe..tak fikir panjang, aku ambil bungkus dlm kertas surat khabar dan letak dalam plastik.. baunya hazab sungguh..

tak fikir panjang aku terus bawak pegi ke petshop yang hanya beberapa pintu dari kelab.nasib kak gee masih ada..panggil dan tanya apa yang patut dibuat. bawah dagu kulitnya semua dah mati dan berulat. baunya tak payah cerita. kak gee cakap, bagi minum air, sapu gel gamat sementara nak tunggu bawa vet esok. dia siap bagi ubat tahan sakit..dengan muka tak malu, aku pinjam kak dc punya carrier dan gel gamat. sesungguhnya memang aku tak ready carrier ke apa dalam kereta. aku ckp kat megat, tahan ye..esok kita jumpa doktor. dia seolah-olah paham.diam dan tido.

11.30mlm
aku force dia minum pakai picagari. meleleh je keluar..tapi menjilat dgn lemah. lagi sekali aku ckp, sabar ya esok kita jumpa doktor. memang tak tido lena aku malam tu..sekejap-sekejap tengok dia.hidup lagi ke? bila aku panggil miau..ada sahutan.. cuba lagi bagi air, lemah je dia. belai-belai dia dan selawat..sekali lagi aku ckp 'tahan ya..esok kita jumpa doktor, minum air sikit ok?' mcm orang tak betul pula duduk di garage pepagi buta..

aku doakan semoga megat dapat tahan, maaf megat kakak tak bawa megat masuk rumah, kakak risau megat jadi bahan mainan amad, miminx dan puupuu.. Tahan ya megat!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...