Tuesday, March 26, 2013

Travel : Alor Setar Kedah

Jumaat lepas aku sekeluarga decide untuk pergi bercuti. since sepupu ada majlis akad nikah di Kedah, maka kami sekeluarga pun join sekaki pegi menghantar. lokasi kami Alor Setar Kedah. kami menginap di Holiday Villa.review boleh klik SINI.

Day 1:
Setibanya kami disana, lepas check in, solat terus keluar cari makan. niat dihati nak makan seafood, kami pegi dalam jam 5ptg.sah-sah semua kedai seafood tak buka lagi :p maka kami pergi lah ke jeti kuala kedah.


Pusing la kami kat situ mencari kedai makan..alahai..sepanjang jalan tu beberapa kali kereta di ketuk penuggang motosikal. mereka bertanyakan nak pegi langkawi tak? haih..rimas juga dibuatnya setiap beberapa meter tingkap kereta diketuk. sudahnya kami end-up di medan selera jeti kuala kedah.. tak banyak pilihan makan.nak tak nak terpaksa lah makan nak isi perut.


makan lah kami di kedai kak som nih.makanan not bad. kena dengan selera aku. pedas nasi goreng belacan dia. harga pula berpatutan lah. cuma kebersihan tu..biasa lah dekat dengan laut kan..lepas dah mengtekedarah kitaorg pon balik ke hotel, rest.mummy ngan abah meneruskan misi mencari makan.haha

Day 2:
Pagi lagi dah keluar pegi ke masjid Zahir, sepupu nikah disitu. aku kagum dengan senibina masjid itu.sangat cantik! senibina lama ku rasa tapi dibela.


selepas majlis akad nikah, kami ke rumah pengantin perempuan untuk kenduri.lepas makan pulang semula ke hotel. niaat dihati nak pegi try spa jap lagi kena buat appointment. ade kekosongan tapi tak tally dengan time aku.sudahnya mandi pool je. then petang lepas solat kami meneruskan misi mencari restoran seafood. kami berhenti solat di Masjid Tunku Abdul Rahman Putera. then gerak lah kami ke restoran Idaman Kuala.



malam tu orang agak ramai.almaklumlah cuti sekolah. order kami pun ada yang tak sampai.disebabkan malas nak menunggu kami cancel sahaja. lepas makan kami pulang ke bilik dan terus terbungkang.hazabnye makan banyak..huhu..


Day 3:
hari terakhir di kedah. kami mulakan journey pagi ke Tanjung Pauh, Jitra untuk melawat makam Sheikh Abdul Jalil. Kisah beliau ada tercatat di makam tersebut. then selesai melawat, kami pulang ke bandar untuk checkout.sblm tu sempat juga singgah di Pekan Rabu.

 
pada aku tiada apa yang menarik untuk dibeli.harga lebih kurang macam di Kuala Lumpur. sudahnya pulang ke bilik siap-siap untuk checkout. jam 11.30 kami bergerak semula ke KL. perh! jalan hazab!!jammed ok?? 

overall di alor setar tak banyak tempat untuk dilawati.unless memang berniat untuk pergi langkawi. :) so where is my next stop will be??tbc..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...