Tuesday, February 18, 2014

Kucing ada passport??

yuuhuu...

ceaa.. tetiba rajin plak nak menghapdate blog malam ni.alkisah semalam dah terlebih tido, maka harini macam tak boleh tido plak.isk.so takpe..mlm ni ai nak story kisah weekend lepas.hihi..cite dia cengini, hari sabtu yang lepas, after work aku terus pegi ke putrajaya. ade ape?? haa ade aktiviti berikut.


 ade festival kucing putrajaya.takde..ai tak masuk pun.sekadar meninjau kucing-kucing yang comey dan mencari info pasal petpasport. daripada pertandingan lepas2 lagik aku tau pasal pet passport ni cumanya tak berkempatan nak bawak anak2 aku pegi. then lepas kerja hari sabtu haritu, terus shoot ke putrajaya.punye la aku pusing satu dewan tu..rupanya sebelah pintu masuk je booth jabatan haiwan.


lepas dah soal siasat, dan berpuas hati dengan explaination mereka maka aku berhajat untuk dtg semula keesokkan harinya. aku amek siap2 registration form. then malam tu bermula lah sesi pujuk memujuk budak 2 ekor tu. pujuk nak mandikan mereka.dah lame sgt bau kepam. time mandi bukan main la melalak mcm kene dera. amad memang tak suka mandi, yang bella dulu ok je..tetiba malam tu melalak bukan main. tapi sebab esok nak buat pasport, aku gagahkan juge la mandikan diorg..hahah nak amek gambar kena la wangi2 kan??haha lepas dah settle mandi, ape lagik semalaman berkurung dalam rumah.hmm..bila dah berkurung mula la bermarathon sebelum subuh.


hari ahad pagi, maka gerak la kami ke putrajaya. perh! bukan main gigih aku kan. bawak budak 2 ekor ni yang berat masing2 nak cecah 5 kilo. sesampai kat sana kena amek nombor ok? then tunggu tak lama pun.memula tangkap gambar bella dulu.bella ok sikit takde la mengelupur sangat. tibe time amad nak tarik kluar sangkar pon payah! takut sangat letew..ihihihi..ape pun berjaya la juga tangkap gambar diorg siap ngan muke aku pon dalam pasport diorg kan..


now offically amad ngan bella kucing malaysia..hahaha!! ramai juge yang tertanya-tanya apa function pet passport ni.ok cite dia cengini, basically mende ni identification kucing kita. lebih kurang mcm ic kita lah.dan data mereka direkodkan dlm jabatan haiwan.pet passport ni jugak datangnya dengan microcip yang ditanam dalam kucing. so andaikata orang jumpa bawak pegi vet, kalau vet tu ada scanner microcip tu bole lah tau identiti owner tersebut.


selain tu, passport ni juge hold every record on vaccination.kiranya kalau gi vet bawak je pet passport nih, bila vaccine doktor tepek la stiker vaccine tu dalam passport diorg. bila rekod vaccination ok, incase nak bawak diorg gi oversea pon senang da..sebab dah ade rekod dalam tu.macam syok je kan?ha kalau nak buat bole la pegi ke jabatan haiwan berhampiran anda. hoho. oh ye rege dia time aritu rm25 termasuk pet passport, microchip and dewormed.


lepas selesai urusan diorg terus balik kl, takde tunggu lame2.masing2 da stress. aku pon naik stress sebab mereka bising dalam kereta.haha. apepun tercapai gak hajat nak buat passport diorg.pasni nak buat engrave collar plak.siap letak nombor microchip incase org jumpa bole la dipulangkan semula buah hati pengkarang jantung aku 2 ekor nih.

Thursday, February 6, 2014

Febuari Sudah..

Hello..ello..llo..(bunyi echo la kononnya.pfft!)

sekejap je dah masuk bulan febuari. dalam bulan januari pun banyak betul kerja, sampai tak berkesempatan nak meng-check blog sendiri.apetah lagik meng-update! memandangkan harini kerja sume dah settle awal, aku bercadang nak menghapdate la sepatah dua kata!yee laa sangat kaann..

ok untuk entry kali ni aku nak introduce my latest family member..no..bukan anak aku ok?? tapi seekor anak kucing..takde la anak sangat..dah besor dah pon..aku dapat tahun lepas..time tu dia kecik la..makcik jumpa kat tempat kerja dia, then bawak kerumah, dah taknak balik.memula kononnya nak tinggal 2, 3 hari..tapi lama2 dah sayang pulak. so without further due, let me introduce miss bella the bully kitty ^^


nama asal bella adalah belang.hahaha makcik aku ingat dia jantan so panggil la belang..bila di explain kucing torti mmg sgt rare ade jantan, bila di belek2 jantina maka bertukar la kepada bella. yang bully kitty tu plak mmg kitaorg letak sb dia mmg kaki buli. setiap hari dia akan buli abam amad.cian abg amad. tapi yang best nya amad rela je tu kena buli..haih!



amad sebelum ni kan anti-sosial sikit, tapi sejak bella ada ok la sikit mood dia, mau la dia marathon tengah2 malam, melompat sana sini. pengaruh si bella ni la kurasa. umur si bella ni aku rase tak cecah lagik setahun sb dari saiz dan perwatakan dia yang sangat laa hyper aktif! amad pon sekarang lebih defensive sejak ade bella. abang sulong laa kononnye...bila adik kena ngorat kucing lain..kemain gi rescue adik.hahaha

adik cantik kan...harus la abg kene jaga..kemana je bella pegi mesti amad follow. pendek cite memang tak berengang la diorg ni. tengok gelagat diorg pun hilang stress.geram rase nak gigit sekor-sekor. ade terniat nak bawak diaorg nih masuk competition, tapi temperament diorg ni tak elok.hahaha kang tak pasal-pasal kene cakar plak judges tu..




yang amad penakut sikit ngan orang.yang bella plak terlebih friendly. friendly dia lain macam sikit. jangan ditenung mata dia, kang tau-tau dah melekat kat kaki. melekat dalam erti kata lain dah gigit. tangan dia pun bukan main cepat. tak suka di dukung.laju je tangan tu lempang muka kita. kalau dia hempas badan buat aksi konon nak mintak usap perot, tak payah la..abis tangan kena gigit-gigit.


dengan perangai yang tah hape2 dari mereka nih aku rase tak payah la kot nak masuk competition.haha. malu haku je kucing cam monyet! :p rasenye takat ni dulu aku cite bab si bella nih.sepatah dua kata sangatnye la hakuu kan..dah karangan dah ni weehh!! daaa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...